Bekas pemain import tersohor Kelantan ketika era bola sepak semi-pro, Marko Kraljevic akan diumumkan sebagai pengendali baru skuad The Red Warriors bagi menghadapi musim 2019 dalam saingan Liga Premier nanti.

Marko Kraljevic yang sebelum ini merupakan ketua jurulatih kelab bola sepak dalam liga bola sepak Singapura, Balestier Khalsa FC itu dijangka menandatangani kontrak selama 2 musim dengan misi utama membawa pasukan Kelantan FA kembali dalam saingan unifi Liga Super 2020.

Kelantan 1993

Dilahirkan di Dusseldorf, Marko Kraljevic beraksi bersama Kelantan dari 1991 hingga 1994 sebelum menyertai sebuah kelab Hong Kong – HK Rangers sebelum beraksi dengan beberapa kelab dari Singapura sehingga bersara.

Karier kejurulatihan beliau bermula dengan Balestier Khalsa dimana beliau diberikan tanggung jawab untuk mengendalikan ‘Center of Exellence U16’ dan seterusnya mendaki hierarki kejurulatihan sebagai ketua jurulatih skuad utama Balestier Khalsa.

marko kraljevic

Dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh New Straits Times bertarikh 17 Mac 1993 menyatakan bahawa Marko Kraljevic merupakan seorang pemain yang cukup berdedikasi dan juga popular dikalangan pemain, pegawai pasukan serta penyokong.

2019-01-26_11-52-57

Kini, Marko Kraljevic kembali untuk semua penyokong Kelantan merasai kehangatan bola sepak sebenar yang dinantikan dengan penuh keterujaan.

Beliau akan diperkenalkan kepada semua dalam satu majlis yang akan diadakan pada malam ini bersama-sama pemain-pemain yang akan menggalas tugas menghadapi ranjau Liga Premier 2019 dengan sasaran utama kembali unifi Liga Super 2020.

Raúl Andrés Tarragona Lemos Dari Uruguay Pemain Import Ke-4 Kelantan 2019

Berkenaan pelbagai desas-desus mengenai pemain import ke-4 Kelantan musim 2019 selepas Cassio, Mustafa Zazai dan Flavio Junior, namun skuad The Red Warriors akan mengumumkan ketibaan penyerang import mereka dari Uruguay – Raúl Andrés Tarragona Lemos.

38967026_1091508984344919_5199898866404556800_o

Raul yang sebelum ini beraksi dalam saingan K.League 2 bersama Ansan Greeners FC sejak tahun 2017.

Dalam saingan K.League 2 selama 2 musim itu, Raul telah mencatatkan 49 penampilan dimana 39 daripadanya dalam senarai kesebelasan utama pasukan. Sepanjang aksi untuk Ansan Greeners, Raul telah menjaringkan keseluruhan 18 gol dan merekodkan 3,643 minit masa bermain.

35737131_1033314726831012_5491961925342330880_n

Berdasarkan dari data yang dikeluarkan oleh Wyscout, posisi Raul adalah sebagai penyerang utama dengan 79%, pilihan sebagai ‘second striker‘ 12% dan posisi lain 8%.

Pengalaman yang dimiliki oleh Raul dalam K League 2 ditagih untuk membawa sesuatu yang positif bagi skuad Kelantan FA musim 2019, seterusnya kembali ke Liga Super 2020.