Pengarah Sukan West Ham United, Mark Noble berpendapat bahawa Arsenal mampu untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada kempen 2023/24.
Baca Juga:
- RASMI: Declan Rice Sertai Arsenal, Pecahkan Rekod Jack Grealish
- EPL: Arsenal Kini Pasukan Dengan Perbelanjaan Bersih Tertinggi Dalam 5 Tahun Terakhir
- Arteta Bayangkan Kai Havertz Akan Bermain Di Bahagian Tengah Arsenal
Hal ini kerana Noble melihat The Gunners telah membelanjakan wang untuk mendapatkan pemain-pemain berkualiti dalam usaha untuk menebus kehampaan pada saat akhir yang menyaksikan Manchester City merangkul kejuaraan liga pada musim lalu.
Selain kemasukan Declan Rice yang menjadi rekod perpindahan termahal kelab dan pemain Britain, Arsenal turut menandatangani kontrak bersama Kai Haverz dan Jurrien Timber dalam bagi memantapkan lagi pasukan.
“Saya merasakan mereka (merujuk kepada Arsenal) boleh memenangi liga, sudah tentu,’’ ujar Noble menurut sumber laporan Metro.
“Mereka sangat hampir (untuk memenangi liga) pada tahun lalu. Anda mempunyai (lawan) Manchester City yabg luar biasa dengan pengurus luar biasa (Pep Guardiola) jadi ia menjadi sangat sukar.’’
“Terdapat banyak pasukan di sekeliling mereka tahun ini, saya rasa Chelsea dan Manchester United akan menjadi kuat, Liverpool di bawah Jurgen Klopp juga akan sentiasa kuat. Newcastle, mereka mendapat peluang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.’’
“Ia akan menjadi musim yang sukar tetapi Arsenal pastinya sudah mempunyai kualiti mencukupi, dengan wang yang mereka belanjakan dan pemain yang mereka bawa, untuk melakukannya dengan betul,’’ tambah Noble lagi.
Selepas mengharungi empat perlawanan persahabatan pra-musim, Arsenal mencatatkan dua kemenangan iaitu bertemu Pilihan MLS 5-0 dan Barcelona 5-3, seri bertemu Nurnberg 1-1 dan tewas kepada Manchester United 0-2 (3-5 ketika penentuan sepakan penalti).