Bintang Manchester United, Marcus Rashford akui iri hati dan tidak suka melihat Manchester City memenangi treble musim 2022/23. Sekaligus menyamai pencapaian Man United musim 1998/99.
Treble seringkali dibanggakan peminat dan pemain Man United sebagai perkara yang hanya mampu dilakukan mereka di England. Dan kini sudah ada pasukan lain yang berjaya melakukannya.
Marcus Rashford menegaskan dia sangat cemburu melihat City memenagi treble dan pada masa yang sama akur bahawa pasukan terbaik telah berjaya memenangi apa yang mereka berhak dapat.
Pemain antarabangsa England itu berkata:
“Sejujurnya, agak tidak suka (melihat kejayaan City), tetapi pada masa yang sama ini adalah sepak bola,” kata Marcus Rashford kepada wartawan.
Marcus Rashford has admitted that seeing the Manchester City Treble celebrations was "not nice", but that it has given him extra motivation to close the gap next season 🔴 pic.twitter.com/xglGS23j4i
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 14, 2023
“Pasukan terbaik yang secara konsisten bermain bola sepak terbaik akan memenangi trofi terbanyak dan mereka memenangi tiga trofi tahun ini.”
“Syabas kepada mereka dan kami akan berusaha sekarang ini dan terserah kepada mereka untuk mempertahankannya.”
Rashford seterusnya menyatakan bahawa mereka akan cuba mengejar dan merampas piala yang dimiliki oleh Man City. Dan terpulang kepada jiran mereka itu untuk mempertahankan kesemua piala tersebut selepas ini.
Kunci yang penting adalah terus berusaha dan mencuba, kata beliau.
“Namun, kami semua akan terus mencuba dan mengejar mereka,” ujar Rashford lagi.
Manchester City melalui akhir musim yang cemerlang. Mereka memintas Arsenal di kedudukan teratas liga selepas pasukan itu berada lebih 240 hari di puncak liga.
Kemudian Man City menewaskan Man United dalam aksi final Piala FA.
Diikuti kejayaan menjulang trofi Liga Juara Juara Eropah pertama kelab itu. Itu yang membuatkan Man City akhirnya berjaya meraih treble.