Pengendali dari Itali, Marco Ragini sah dilantik sebagai pengendali baharu TRW Kelantan FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Perkara ini dikongsikan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Ragini tiba di Kota Bharu pada semalam dan beliau tidak membuang masa dengan langsung bertemu staf kejurulatihan yang lain.
Pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham turut berkongsi barisan kejurulatihan yang akan membantu Marco Ragini pada saingan musim ini.
Menurut Zamsaham, Marco akan dibantu oleh dua pembantu jurulatih yang masing-masing berasal dari Sepanyol dan Malaysia. Jurulatih kecergasan pula berasal dari Sepanyol manakala jurulatih penjaga gol berasal dari Itali.
Ketua Pembangunan dan Metodologi pula berasal dari Malaysia dan Pengarah Teknikal pasukan berasal dari Malaysia.
Pelantikan Ragini ini sekaligus menamatkan spekulasi yang mengaitkan Kelantan dengan bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan Itali dan AS Roma, Christian Panucci.
Tambah Zamsaham, kini pihaknya sedang menunggu pemain import untuk tiba di Kota Bharu sekaligus menyertai sesi latihan pasukan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
FAM Nafi Keluarkan Kenyataan Kelantan Bakal Dipotong Tiga Mata
Kelantan FC Berdepan Risiko Dipotong Tiga Mata Jika KAFA Gagal Lunaskan Tunggakan Gaji