Penyerang dari Argentina, Jonathan Herrera dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Menurut perkongsian wartawan sukan Argentina, Cesar Luis Merlo di laman media sosial Instagram miliknya, ejen Jonathan Herrera telah mencapai kesepakatan dengan JDT bagi menandatangani pemain itu.
Tambah Cesar Luis, Herrera akan terbang ke Malaysia pada Sabtu ini bagi menjalani ujian perubatan dan sekiranya lulus ujian tersebut, maka pemain berusia 29 tahun itu bakal menandatangani kontrak selama 3 bersama JDT.
Skuad kendalian Benjamin Mora itu sedang mencari pengganti kepada Diogo Luis Santo yang memutuskan untuk kembali beraksi di saingan Thai League 1 bersama BG Pathum United.
Setelah dua musim menyarung jersi skuad Harimau Selatan dan memenangi beberapa kejuaraan seperti Liga Super dan Piala Malaysia, Diogo kembali ke liga yang telah menaikkan namanya sebelum ini dimana beliau pernah menjaringkan lebih 100 gol ketika beraksi bersama Buriram United.
Setakat ini, JDT telah menandatangani bekas pemain tengah Felda United, Daniel Amier Norhisham bagi menghadapi saingan musim 2021.
Kelab itu turut dikhabarkan sedang dalam perbincangan bagi membawa masuk pemain kacukan negara, Isaac Angking yang sebelum ini beraksi di liga bola sepak Amerika Syarikat.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Norhafiz Zamani Misbah Bersara Dari Dunia Bola Sepak Profesional
FAM Arah Kelantan Bayar Tunggakan Gaji Kepada 11 Pemain Tempatan Berjumlah Lebih RM180,000