Bekas ketua jurulatih Guangzhou Evergrande, Marcello Lippi mempertahankan tindakan Persatuan Bola Sepak China (CFA) mengambil beberapa pemain naturalisasi untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan.
Lippi yang melatih China sebelum letak jawatan pada tahun lepas yakin strategi pengambilan pemain naturalisasi itu akan memberi kesan positif di masa yang akan datang.
“Saya percaya kehadiran pemain naturalisasi akan membantu pasukan kebangsaan. Mereka ini anggota penting pasukan dan mampu memberikan sumbangan. Tidak adil untuk mengugurkan merek,” katanya dalam dipetik dalam Reuters.
Bulan lepas, Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dilaporkan mengubah polisi pengambilan pemain asing dalam skuad kebangsaan.
Peraturan FIFA menyatakan bahawa pemain yang tidak mempunyai hubungan kelahiran atau keturunan di negara tersebut mestilah menetap di negara yang mereka ingin wakili sekurang-kurangnya lima tahun.
Peraturan ini nyata memberi kelebihan kepada China kerana mereka mempunyai ramai pemain import daripada kelab Liga Super China yang telah menetap di negara itu melebihi 5 tahun.
Penyerang Jiangsu Suning dari Brazil, Alex Teixeira dan pemain tengah Beijing Guoan, John Hou Saeter turut layak beraksi dengan skuad kebangsaan China.
Chinese media reveal Jiangsu Suning are negotiating with Alex Teixeira for his future. The contract of the 30-year-old Brazilian striker will expire soon. His future depends on if the high authority want him to play for China (eligible in 2021) and the cost of the new contract. pic.twitter.com/7sS4S1ltbc
— Titan Sports (@titan_plus) October 13, 2020
Malah, pemain tengah Shanghai SIPG, Oscar Dos Santos yang pernah bermain untuk Brazil di Piala Dunia sedia melepaskan kerakyatan Brazil untuk menyarung jersi China.
Presiden CFA, Chen Xuyuan menegaskan kemasukan pemain asing adalah untuk perancangan jangka masa pendek bagi mencapai sasaran layak ke Piala Dunia. Mereka merancang untuk menjadi kuasa gergasi Asia pada tahun 2030 dan gergasi dunia pada tahun 2050.
Kehadiran ramai pemain naturalisasi turut menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan peminat bola sepak China yang mendakwa sistem pembangunan akar umbi di negara itu telah gagal.
Bagaimanapun, Lippi menafikan dakwaan itu dan menyifatkan China kini berada di landasan yang betul untuk muncul sebagai kuasa bola sepak dunia.
“Pembangunan akar umbi di China berjalan dengan baik setakat ini. Saya selalu mencadangkan agar lebih banyak pelaburan diberikan kepada pembangunan bakat baharu untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti.
“Nasib baik mereka mendengar kata saya,” tambah Lippi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Bekas Pemain Kelantan Sertai Kelab Liga India, Gokulam Kerala FC
Malaysia Dan Arab Saudi Cari Jalan Tingkatkan Kerjasama Dua Hala Dalam Bola Sepak