Persatuan Bola sepak Argentina selasa lalu mengumumkan penstrukturan semula liga domestik dengan menangguhkan penyingkiran kelab selama dua musim dalam saingan Liga Primera Division dan Primera Nacional.
Ia bermakna kelab yang dibimbing oleh lagenda bola sepak negara itu, Diego Maradona iaitu Gimnasia La Plata terselamat daripada tersingkir ke liga bawahan selepas menghuni kedudukan ke 19 daripada 24 pasukan.
Maradona menyifatkan keputusan itu adalah hasil daripada keajaiban ‘Hand of God’ (tangan tuhan) yang pernah membantu Argentina menjuarai Piala Dunia pada tahun 1986 di Mexico.
Maradona asks for Hand of God to end pandemic https://t.co/fSe5c0qnjQ pic.twitter.com/leYV0Fw6np
— Reuters Sports (@ReutersSports) April 29, 2020
Justeru itu, beliau meminta ‘Tangan Tuhan’ tersebut melakukan keajaiban sekali lagi untuk menghilangkan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia supaya semua manusia boleh kembali menjalani kehidupan seharian secara normal.
“Ini terjadi pada kita hari ini dan banyak orang menyebutnya sebagai ‘Tangan Tuhan’ yang baru,” kata Maradona, yang menjaringkan gol dengan bantuan tangannya ketika menewaskan England di suku akhir Piala Dunia 1986.
“Tetapi hari ini saya meminta tangan itu untuk menghilangkan wabak pandemik sehingga semua orang dapat kembali menjalani kehidupan mereka, dengan kesihatan dan kebahagiaan,” tambahnya.
Maradona mengatakan dia tidak setuju dengan keputusan untuk menangguhkan penyingkiran selama dua tahun tetapi menganggap keputusan yang menguntungkan itu sebagai “hadiah.”
Argentina setakat ini mencatatkan lebih 4000 kes COVID-19 dengan 214 kematian.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah.
FAT Hadkan Jumlah Pegawai Pasukan Bagi Perlawanan Thai League
FIFA Cadang Peraturan Baharu, Setiap Pasukan Boleh Buat 5 Pertukaran Pemain
Dybala Disahkan Positif Covid-19 Kali Keempat Dalam 6 Minggu