Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menghadkan kehadiran pegawai pasukan dan perlawanan apabila saingan Thai League kembali bersambung pada September ini.
Semua perlawanan Thai League akan berlangsung secara tertutup dan Presiden FAT, Somyot Phumpanmuang berkata seramai 181 pegawai pasukan dan perlawanan dibenarkan berada di stadium.
“Saingan akan kembali bersambung namun semuanya bergantung kepada situasi semasa selain mendapat kebenaran dari pihak kerajaan.
“Kami memutuskan untuk mengadakan perlawanan secara tertutup dan perkara ini boleh diguna pakai dalam saingan Thai League,” kata Somyot.
Menurut Somyot, prosedur ketat bakal dijalankan ke atas semua pegawai seperti pemeriksaan suhu badan serta proses nyahkuman.
Saingan Thai League dihentikan buat sementara pada Mac lalu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).
FAT sebelumnya telah mendapat kebenaran untuk menyambung kembali saingan liga sekiranya penularan wabak COVID-19 dapat dikawal ataupun dihapuskan.
Baca artikel lain mengenai saingan Thai League di sini:
Thai League 3 & 4 Dimansuhkan Mulai Musim 2021, Guna Liga 6 Zon Untuk Naik Ke Thai League 2
Thai League Cadang Pasukan Buat Pemotongan Gaji Pemain Dan Staf Sebanyak 50 Peratus
Top 4 Thai League Pada Bulan Disember 2020 Akan Terima Slot Beraksi Dalam AFC Champions League