Tottenham Hotspurs kini berpeluang sekali lagi untuk menamatkan kemarau piala mereka. Ini selepas mereka berjaya menewaskan Brentford 2-0 dalam aksi separuh akhir Piala Carabao.
Dua gol Lilywhites adalah sumbangan Moussa Sissoko pada minit ke-12 dan penyerang sensasi Son Heung-min pada minit ke-70.
Tottenham menunggu lawan dari pemenang satu lagi aksi separuh akhir di antara Manchester United vs Manchester City yang akan berlangsung pada Khamis.
Dalam aksi menentang Brentford, skuad Jose Mourinho mendahului seawal minit ke-12. Berpunca daripada hantaran lintang Sergio Reguilon, Moussa Sissoko dengan kemas menanduk masuk menewaskan penjaga gol Brentford, David Raya Martin.
Moussa Sissoko scores his 1st goal in 37 @SpursOfficial appearances ⚽
Tottenham are unbeaten in all 17 games scoring first this season, winning 13 ✅ pic.twitter.com/pRsfY3gYyY
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) January 5, 2021
Spurs kemdiannya memberikan tentangan kepad Spurs. Ivan Toney berpeluang menyamakan kedudukan namun percubaan beliau lemah.
Lima minit kemudian, Spurs hampir menjaringkan gol lagi. Lucas Moura berjaya menanduk bola dari sepakan sudut yang ditanduk melantun di permukaan padang. Raya cemerlang melakukan penyelamatan dengan melayangkan badannya.
Separuh masa pertama hanya 1-0 memihak pasukan tuan rumah.
Bersambung babak kedua, Brentford berjaya menembusi gawang Lloris pada minit ke-65 menerusi tandukan Toney.
Namun, gol ini kemudiannya dibatalkan oleh pengadil setelah melihat VAR kerana penyerang Brentford sudah pun ofsaid terlebih dahulu.
Gol kedua yang dicari cari akhirnya menjelma pada minti ke-70. Berpunca daripada serangan kilat, Song Heung Min menerima hantaran Ndombele.
Sliding into the @Carabao_Cup final like…#THFC ⚪️ #COYS pic.twitter.com/24M8QC0fyo
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) January 5, 2021
Pemain antarabangsa Korea Selatan itu tiada masalah menewaskan David Raya.
Malam Brentford semakin teruk apabila Joshua Dasilva dibuang padang. Spurs mempertahankan kedudukan 2 gol mereka dengan baik sekali dan mara ke perlawanan akhir.
Son and Sissoko have got their own handshake 🤝 pic.twitter.com/HjaZdJKsKq
— ESPN FC (@ESPNFC) January 5, 2021
Mourinho kini berpeluang menamatkan kemarau 13 tahun Spurs tanpa piala major. Pengurus yang memiliki reputasi sangat baik dalam memenangkan trofi untuk kelab diuruskannya.
Kali terakhir Spurs menang trofi adalah pada 2008 ketika menewaskan Chelsea dalam final Piala Carling di Wembley.
👀 Can @SpursOfficial repeat their success of the 2008 team?
🏆 Or will one of the Manchester clubs take the @Carabao_Cup up North? pic.twitter.com/vFcLdjqZr3
— SPORF (@Sporf) January 5, 2021
Baca juga perkembangan lain
Abramovich Sedia Lamar Schevchenko (Sekali Lagi) Untuk Selamatkan Chelsea
Dan Tiba Tiba Klopp Persoalkan Liverpool Susah Dapat Penalti Berbanding Man United
EPL: Lampard Tak Risau Dipecat Sebab Chelsea Lalui Benda Sama Musim Lalu