Frank Lampard kini berdepan dengan tekanan yang kuat. Mana tidaknya, selepas berbelanja saakan di bursa perpindahan, Chelsea ternyata gagal memperbaiki kutipan mata mereka berbanding musim lalu selepas 17 perlawanan.
Chelsea menelan kekalahan kelima musim ini di tangan Manchester City. The Athletic melaporkan hierarki tertinggi Chelsea sedang membincangkan masa depan Lampard.
Sekaligus meletakkan kedudukan pengurus itu di dalam risiko dipecat.
The Blues hanya mencatatkan satu kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris mereka. Berada di luar kelompok slot UCL.
Frank Lampard has third WORST Chelsea win record of Abramovich era.
12th out of 14th with a win ratio of just 51.25%.
After spending €250m this summer!
The Chelsea fans who abused Sarri (61.9%, 5th best) & wanted Lampard…you deserve this #CHEMCI https://t.co/P1xdBZaHJ1
— Carlo Garganese (@carlogarganese) January 3, 2021
Lampard menjawab spekulasi pemecatan beliau:
“Saya tidak akan bercakap bagi pihak yang berada di atas saya atau lembaga pengarah,”
“Saya juga tidak dapat menjawab perkara tentang kontrak saya, prestasi buruk kami, dan hasil yang sukar diterima ini. Saya hanya bercakap tentang menjadi pengurus kelab.”
“Saya tidak bimbang tentang [isu pemecatan]. Saya baru sahaja bercakap dengan pasukan selepas perlawanan yang saya fikir akan ada tempoh yang sukar, saya tahu ia tidak akan mudah,” tambahnya.
Seterusnya, Frank Lampard juga merasakan bahawa keadaan menjadi sukar sejak musim lalu, tidak banyak yang berubah.
Cuma sekarang menurut Lampard isu menjadi panas kerana Chelsea menambah ramai bintang mahal yang baharu.
“Sebulan yang lalu, orang bercakap tentang bila saya akan mendapat kontrak baru. Tekanan selalu ada. Tugas saya adalah untuk terus bekerja keras dan menaikkan pemain,” tambah Lampard kepada laman rasmi Chelsea.
“Saya juga melalui masa yang sulit tahun lalu. Mungkin pada masa itu ada beberapa keadaan yang dapat mengurangkan tekanan ke atas saya sehingga orang tidak melihatnya sama dengan yang hari ini.”
“Tetapi pada waktu itu jelas kami menjalani rentak yang baik pada bulan November dan kalah tiga perlawanan di tempat sendiri pada bulan Disember,” katanya.
Lampard sebelum ini sudah memberitahu bahawa Chelsea musim ini tidak mensasarkan kejuaraan EPL walaupun ada pihak menggelar mereka calon juara.
Ada segelintir peminat Chelsea tak dapat menerima kenyataan Lampard itu. Kerana selelepas berbelanja lebih GBP200 juta, nak tak nak Lampard kena bersaing untuk kejuaraan liga.
Baca juga perkembangan lain
EPL: Arsenal Mudah Ratah West Brom, Pasukan Big Sam Bolos 9 Kali Dalam Dua Perlawanan Terakhir