Manchester United semakin hampir dapatkan Casemiro. Pemain antarabangsa Brazil tersebut tertarik dengan tawaran lumayan daripada Manchester United.
Menurut beberapa laporan, Man United telah mengemukakan bidaan £60 juta untuk pemain tengah Brazil itu dan Madrid dikatakan telah menerima tawaran tersebut, dan berpuas hati dengan harga itu.
Man United juga bersedia untuk menawarkan Casemiro gaji mingguan sebanyak £290,000 dalam usaha untuk menarik pemain tengah itu keluar dari Bernabeu.
Wartawan bola sepak Itali, Nicolo Schira telah berkata bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju dengan kontrak tersebut.
Casemiro dijangka memperoleh sekitar £15.2 juta setahun dan akan menandatangani perjanjian empat tahun yang akan tamat pada musim panas 2026. Angka gaji itu hampir 2 kali ganda yang dia dapat di Real Madrid.
Casemiro deal. Negotiations now in progress on both player and clubs side with Manchester United, talks will continue on Friday to make final decision. 🚨🔴🇧🇷 #MUFC
Man Utd have offered Casemiro a longer contract than current one with huge salary – but absolutely not double. pic.twitter.com/fwPz7AvjYd
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 18, 2022
Setelah memenangi semua trofi yang tersedia untuknya di Madrid, dipercayai bahawa Casemiro berminat dengan cabaran baharu, dan perpindahan ke salah satu kelab paling bersejarah dalam bola sepak dunia adalah sesuatu yang terlalu bagus untuk ditolak.
Dengan pembelian Aurelien Tchouameni dan juga Eduardo Camavinga musim lalu, status Casemiro yang pernah tidak boleh disentuh dalam pasukan Madrid kini terancam.
Ancelotti dilihat tiada masalah untuk melepaskan Casemiro. Dengan Real Madrid memberikan kebebasan kepada pengurus itu dalam soal masa depan pemain itu.
Terdapat laporan bahawa Casemiro pada mulanya tidak berada dalam senarai sasaran Erik ten Hag. Namun kegagalan mendapatkan pemain tengah Belanda, Frenkie de Jong, setakat ini, telah membuatkan Manchester United mencari alternatif lain.
De Jong enggan meninggalkan Camp Nou. Barcelona terdesak untuk menjual De Jong untuk mengimbangi buku akaun mereka selepas berbelanja besar pada musim panas ini.
United memerlukan suntikan kualiti selepas permulaan suram mereka dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini. Mereka kini berada di tangga tercorot.
Ten Hag sangat kritikal terhadap prestasi pasukannya selepas dimalukan 4-0 oleh Brentford.
Salah satu masalah utama United adalah posisi tengah defensif yang masih menjadi isu sejak beberapa musim lalu lagi.
Scott McTominay sudah banyak diberikan peluang. Namun prestasinya masih tidak cukup bagus untuk menjadikannya pemain elit di posisi tersebut. Kini dengan Man United yang semakin hampir mendapatkan Casemiro, Ten Hag akan menumpukan pemain di barisan serangan. Berharap akan mendapat pemain baharu di posisi itu.