Manchester United buat julung-julung kalinya akan membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia. Ia merupakan acara khas yang dianjurkan oleh kelab yang berpangkalan di Manchester tersebut dimana penyokong United dapat berkumpul dan menyaksikan siaran langsung beramai-ramai.

#ILOVEUNITED akan berlangsung pada Sabtu, 10 Mac bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur di mana Manchester United akan bertemu seteru kelab, Liverpool dalam perlawanan yang dinantikan oleh para peminat.

Acara eksklusif ini telah dianjurkan di beberapa lokasi di seluruh dunia dan United teruja untuk membawakannya buat pertama kali ke Malaysia dan acara ini adalah terbuka dan percuma untuk penyokong.

ILU-Kuala-Lumpur-Launch-Stills-3_preview

Duta Manchester United, Dwight Yorke dan Dennis Irwin disertai Legenda Kelab, David May, akan hadir untuk bertemu para peminat selain berpeluang untuk mendalami budaya tempatan di samping memberi pandangan dan analisis perlawanan.

Peminat juga akan dihiburkan dengan acara hiburan, dan peraduan dimana peminat berpeluang memenangi trip VIP ke Old Trafford. Acara ini juga peluang dimana peminat seluruh dunia dapat berhubung secara interaktif untuk muat naik gambar dan video mereka bersorak untuk pasukan mereka.

#ILOVEUNITED adalah acara percuma kepada semua dan peminat United yang berminat diminta untuk memohon secara talian tiket masuk dengan melayari www.manutd.com/iloveunited sebelum 12 tengah malam 4 Mac. Setiap permohonan kemudiannya akan diundi dan tiket dikeluarkan secara rawak. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan menerusi email tidak lewat dari 6 Mac.

ILU_Mumbai_HR-90_preview

Bagi peminat yang telah pun mendaftar secara rasmi ahli kelab penyokong rasmi Official Manchester United, mereka diberi jaminan untuk mendapat tiket kemasukan ke acara tersebut dengan memasukkan nombor keahlian semasa proses permohonan.

Pengarah Urusan Kumpulan Manchester United, Richard Arnold berkata:

“Kelab ini mempunyai hubungan dan persefahaman yangbaik dengan Malaysia. Kami gembira dapat kembali ke sana untuk menganjurkan tayangan siaran langsung perlawanan paling ditunggu-tunggu musim ini buat pertama kalinya di negara ini. Manchester United mempunyai 8 juta penyokong setia termasuk di Malaysia dan #ILOVEUNITED pastinya akan menjadi acara yang tidak akan dilupakan penyokong-penyokong yang hadir.”

“Acara #ILOVEUNITED sebelum ini telah dihadiri ribuan penyokong sekaligus mewujudkan suasana yang hebat di kalangan peminat keluarga di seluruh dunia dan elemen interaktif akan membawa mereka lebih rapat bersama. ”

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Akses hanya akan diberikan kepada mereka yang mempunyai tiket yang sah. Sila lihat laman web untuk maklumat lanjut.

** Peminat tidak perlu menjadi ahli rasmi untuk memohon tiket.