Aksi hambar gandingan Fred dan Scott McTominay pada hari pembukaan dan kekurangan opsyen untuk peranan tengah, membuatkan Erik Ten Hag nekad mahukan Adrien Rabiot. Pemain yang tersisih di Juventus sejak beberapa musim ini.
Juventus dilaporkan sudah bersetuju untuk menjual Adrien Rabiot kepada Manchester United. Dan kini proses rundingan adalah antara United dan Rabiot untuk syarat dan terma peribadi.
United kehilangan ramai pemain tengah. Pogba menyertai Juventus secara percuma. Sementara Matic turut menyertai AS Roma juga secara percuma. Juan Mata juga sudah meninggalkan kelab tersebut.
Jadi, mereka benar benar berharap Rabiot akan datang ke Old Trafford.
Manchester United juga dijangka akan kembali dengan tawaran yang lebih baik untuk penyerang Bologna, Marko Arnautovic; selepas sasaran utama merek Benjamin Sesko hampir menandatangani kontrak dengan RB Leipzig dari Red Bull Salzburg
Rabiot – yang menyertai Juventus sebagai ejen bebas pada musim panas 2019, berada di tahun terakhir kontraknya dan menjadi pemain yang terpinggir di Juventus.
Ada beberapa isu yang membuatkan Juventus dan Rabiot tidak sehaluan. Ibunya sebelum ini pernah mengkritik pengurus Juventus secara terbuka kerana tidak menurunkan anaknya bermain.
Ibu Rabiot merupakan pengurus peribadi pemain itu. Antara sebab kenapa PSG gagal mencapai kesepakatan dengan Rabiot adalah kerana sikap ibunya.
Jadi agak menarik untuk melihat bagaimana Ten Hag mengendalikan Rabiot kerana Ten Hag sudah memberikan amaran kepada pemain pemain United bahawa dia tak suka dengan kuasa ejen atau wakil pemain yang melebihi kuasa pengurus.
Juventus dengan senang hati membiarkan Rabiot meninggalkan kelab pada musim panas ini sebelum kontraknya tamat pada 2023.
Dengan rundingan untuk mendapatkan De Jong masih sukar, maka Rabiot dianggap pembelian panik yang boleh digunakan untuk menampung kekosongan di bahagian tengah.
Rabiot pernah menikmati musim yang singkat di akademi Manchester City sebelum menjadi pemain profesional di Paris Saint-Germain di tanah airnya sedekad lalu.
Dia membuat 227 penampilan dan memenangi lima kejuaraan kejuaraan liga di PSG sebelum menyertai Juventus tiga tahun lalu. Rabiot memulakan 28 perlawanan dalam Serie A musim lalu.
🚨 EXCL: Man Utd United working on deal to sign Adrien Rabiot from Juventus. #MUFC must decide if they proceed irrespective of ongoing De Jong pursuit or await outcome of that before deciding. 27yo France midfielder has 1yr on #Juve contract @TheAthleticUK https://t.co/kUM6VeImK7
— David Ornstein (@David_Ornstein) August 8, 2022
Sementara itu, United juga dijangka akan kembali dengan tawaran yang lebih baik untuk pemain Bologna, Marko Arnautovic.
United sebelum ini menghantar bidaan sekitar £7.6 juta untuk penyerang itu ditolak oleh kelab Itali tersebut. Namun Ten Hag masih yakin Arnautovic akan ke Manchester United. Pemain yang pernah bekerjasaman dengannya dan juga pengurus Steve McLaren ketika di FC Twente satu ketika dahulu.
Walaupun Arnautovic dianggap bukan tipikal pembelian untuk United. Tetapi kelab itu sekarang ini berdepan dengan masalah kekurangan penyerang utama. Mereka terlepas peluang mendapatkan Darwin Nunez pada awal jendela perpindahan.
Pada usianya 33 tahu, Arnautovic dianggap sebagai pemain untuk perancangan jangka pendek bagi United.
Bekas penyerang West Ham dan Stoke itu telah menjaringkan 43 gol Liga Perdana sepanjang tempoh enam tahun di liga utama.
Selepas menghabiskan masa dua tahun di China bersama Shanghai Port, Arnautovic kembali ke Eropah tahun lalu dan telah menjaringkan 15 gol dalam 34 perlawanan untuk Bologna.
Arnautovic bermula untuk Bologna dalam perlawanan Coppa Italia menentang Cosenza baru baru ini.
Pengarah sukan Bologna Marco Di Vaio cuba menutup pintu kepada Manchester United untuk mendapatkan Arnautovic, dengan mendakwa penyerang itu “tidak ternilai”.
Di Vaio berkata: “Kami mahu terus bersama Arnautovic dan mengekalkannya di sini, dia berada di tengah-tengah projek kami.”
“Hasrat Bologna sekarang adalah untuk mengekalkan pasukan kami yang ada sekarang dan memperkukuhnya lagi untuk mengharungi musim yang penting. Wang bukanlah isu, Marko tidak ternilai untuk kami.”