Manchester City baru sahaja sebentar tadi mengumumkan berita sedih mengenai kematian ibu kepada pengurus Pep Guardiola akibat jangkitan virus COVID-19.
Dolors Sala Carrio yang berusia 82 tahun telah disahkan dijangkiti penyakit berbahaya itu selepas menunjukkan simptom jangkitan di Manressa, Barcelona
The Manchester City family are devastated to report the death today of Pep’s mother Dolors Sala Carrió in Manresa, Barcelona after contracting Corona Virus. She was 82-years-old .
— Manchester City (@ManCity) April 6, 2020
Pep Guardiola yang kini berada di Barcelona selepas saingan liga ditangguhkan berikutan penularan wabak yang semakin serius itu baru sahaja menyalurkan sumbangan bernilai €1 juta minggu lalu kepada Angel Soler Daniel Foundation untuk digunakan sebagai dana membeli kelengkapan hospital menangani virus itu.
Sebuah kolej perubatan di Barcelona menyatakan bahawa seumbangan dari Pep Guardiola itu mampu membantu mengatasi kekurangan kelengkapan di Catalonia yang dilaporkan memiliki angka kes yang tinggi di Sepanyol.
Teruskan membaca 3 artikel lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.
Buriram United Mula Agihkan 100,000 ‘Face Shield’ Dan ‘Mask’ Kepada Hospital Berhampiran
Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas
Pengadil Wanita Sepanyol Ini Antara ‘Frontliners’ Yang Sedang Berperang Dengan Wabak COVID-19