Beberapa hari yang lalu, kelab Buriram United mula mengagihkan 53,000 ‘Face Shield’ dan ‘Face Mask’ yang dibuat dengan kerjasama pemain-pemain mereka secara sukarela bersama kilang tempatan.

Menurut kemaskini yang dibuat melalui laman sosial Facebook rasmi mereka, jumlah agihan itu adalah peringkat pertama dari keseluruhan pengeluaran dimana baki 47,000 lagi akan disiapkan dan diedarkan secepat mungkin untuk membantu melancarkan urusan menangani wabak COVID-19.

91965002_2842564365863487_3191800277392949248_o

Sebelum ini pihak Buriram United ada memuatnaik beberapa gambar dimana pemain-pemain mereka selain staf dari pelbagai sektor dibawah syarikat pemilik mereka seperti Amari Hotel, Buriram Castle, Buriram Megastore dan lain-lain secara sukarela membantu pengeluaran barangan tersebut yang agak sukar untuk didapati.

Kelab Buriram United yang sememangnya merupakan sebuah ikon kepada penduduk selain bertindak sebagai sebuah jenama sentiasa memainkan peranan mereka baik dan telah berjaya meletakkan nama ‘Buriram United’ itu lebih dari sebagai sebuah kelab bola sepak.

Disebabkan engagement yang sebeginilah maka tidak hairan setiap kali pelancaran barangan rasmi mereka seperti jersi dan sebagainya, akan habis dijual dalam masa yang singkat dan saban tahun mereka berjaya membuktikannya.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

FA Thailand ‘Sakit Kepala’ Fikir Jadual Skuad Kebangsaan, Mungkin Tidak Sertai Saingan AFF Suzuki Cup 2020

Media Thailand Lancarkan Propaganda Terhadap Tan Cheng Hoe, ‘Mind Game’ Untuk Malaysia Lebih ‘Lagha’

Liverpool Dikecam Kerana Pakai Duit Rakyat