Man United benar benar bersedia untuk melepaskan Greenwood secara pinjaman ke kelab lain.

Baca Juga:

Manchester United masih menggantung Mason Greenwood daripada tugasan dan aktiviti bola sepak, walaupun pemain itu telah bebas pertuduhan keganasan rumah tangga.

Pada tahun lalu, Mason Greenwood telah ditahan polis atas tuduhan keganasan rumah tangga selepas membantai teman wanitanya.

Namun begitu pertuduhan ke atasnya digugurkan oleh teman wanitanya. Dan pasangan itu malah sedia menyambut cahaya mata mereka.

Man United mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siasatan dalaman ke atas pemain itu.

Sehingga ke hari ini Man United masih menggantung lagi Mason Greenwood.

Beberapa bulan lalu Greenwood dilaporkan tidak gembira dengan situasi dia di Man United dan mahu meninggalkan kelab itu ke kelab di luar England.

Ini kerana Greenwood tidak bersedia untuk berdepan cemuhan di stadium stadium di England dalam setiap perlawanan.

Kini Man United berdepan dengan konflik untuk mendaftarkan Greenwood kerana pemain itu ternyata dirakam melakukan keganasan ke atas teman wanitanya.

Ianya melibatkan isu imej kelab. Dan kemudian pengurusan tertinggi United merasakan langkah terbaik adalah menghantar pemain itu secara pinjaman.

Kelab tidak boleh menamatkan kontrak Greenwood kerana pemain itu kini bebas pertuduhan.

Juventus antara kelab yang berminat mendapatkan Greenwood secara pinjaman.

Seterusnya beberapa kelab dari China juga dilaporkan berminat menawarkan Greenwood jalan keluar dari England.

Selain itu terdapat juga laporan bahawa kelab dari Turki turut berminat mendapatkan pemain tersebut.

Greenwood merupakan pemain muda yang sangat berbakat. Dia segera menjadi idola di Old Trafford dan menjadi pemain utama.

Bukan itu sahaja, Mason Greenwood turut berjaya mendapatkan panggilan kebangsaan pada usia muda.

Dia memiliki kelebihan bermain secara efektif di kesemua posisi serangan kerana mampu menggunakan kaki kanan dan kirinya dengan sangat baik.

Malangnya, dia berdepan dengan isu masalah disiplin kerana gagal mengendalikan sindrom bintang terkenal pada usia muda.

Cristiano Ronaldo antara pemain yang dilaporkan pernah menegur pemain itu namun tidak dipedulikannya.