Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) kelmarin telah mengumumkan ahli perniagaan wanita, Nualphan Lamsam atau dikenali sebagai ‘Madam Pang’ sebagai pengurus baharu skuad kebangsaan Thailand.
Menurut kenyataan rasmi, Madam Pang dipilih berdasarkan pengalamannya dalam sukan bola sepak dan pernah menjadi pengurus pasukan bola sepak wanita Thailand di Piala Dunia sebanyak dua kali.
Beliau juga akan menjadi pengurus pasukan bawah 23 tahun Thailand dan badan induk itu berharap kehadiran Madam Pang dapat memberi kejayaan yang lebih gemilang selepas kegagalan mereka mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 bulan lepas.
“Dia akan mengembalikan semula maruah pasukan bola sepak Thailand,” kata FAT dalam kenyataan rasmi.
#OFFICIAL สมาคมฯ แต่งตั้ง “มาดามแป้ง” นวลพรรณ ล่ำซำ ทำหน้าที่ ผจก.ทีมชาติไทยชุดใหญ่ และรุ่นอายุไม่เกิน 23 ปี ลุยทุกรายการเพื่อศักดิ์ศรีทีมชาติไทย#ช้างศึก #TogetherAsOne #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #ทีมชาติไทย #มาดามแป้ง #นวลพรรณล่ำซำ pic.twitter.com/W1nfP3ogTu
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) August 23, 2021
Madam Pang yang juga merupakan pemilik dan pengerusi kelab Thai League, Port FC akan terlibat dalam pemilihan jurulatih baharu skuad Thailand untuk mencari pengganti Akira Nishino yang dipecat kerana gagal mencapai sasaran ditetapkan.
Presiden FAT, Somyot Phumohanmuang mendedahkan Madam Pang sendiri telah menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka dan mempunyai rancangan memegang jawatan tertinggi menggantikan tempatnya dalam badan induk itu.
“Kalau Madam Pang mahu jadi Presiden, saya lebih gembira kerana saya tak mungkin akan kekal sebagai Presiden FAT sehingga mati. Kita memerlukan generasi baharu yang lebih berpengetahuan, cekap dan mempunyai cita-cita yang besar.
“Saya telah bercakap dengan Madam Pang mengenai perkara ini dan beliau berkata belum bersedia lagi untuk jadi Presiden dan mahu bermula dengan jadi pengurus pasukan kebangsaan dahulu,” katanya dipetik dalam SMM Sports.
Madam Pang bukanlah asing bagi peminat bola sepak di Asia Tenggara kerana sebelum ini beliau pernah mencuri tumpuan dalam saingan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur ketika menjadi pengurus pasukan bawah 23 tahun Thailand yang dikendalikan oleh Worrawoot Srimaka.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Stadium Antarabangsa Jakarta Gelanggang Baharu Skuad Kebangsaan Indonesia
Thailand Berminat Jadi Tuan Rumah Saingan Piala AFF Suzuki 2021