Thailand berminat untuk menjadi tuan rumah saingan Piala AFF Suzuki 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember hingga 1 Januari 2022.
Berdasarkan laporan SMM Sport, gabenor Persatuan Sukan Thailand, Dr Kongsak Yodmanee menyatakan negaranya mampu untuk menjadi tuan rumah kejohanan di peringkat Asia Tenggara ketika dunia dilanda pandemik COVID-19.
Dr Kongsak menggunakan kejohanan tiga badminton yang dilangsungkan pada awal tahun ini dimana kejohanan tersebut berjalan dengan baik walaupun beraksi ketika pandemik.
Dua stadium dipilih sebagai venue sekiranya juara lima kali Piala AFF Suzuki itu menjadi tuan rumah iaitu gelanggang keramat Stadium Rajamangala dan 700th Anniversary yang digunakan oleh Chiangmai United.
Peminat mungkin tidak dibenarkan masuk namun perkara ini bergantung keadaan semasa sama ada bilangan kes masih berada di paras tertinggi ataupun rendah. Jika rendah, maka sebahagian penyokong mungkin dibenarkan masuk ke stadium.
Satu lagi negara yang berminat untuk menjadi tuan rumah ialah Kemboja dimana negara itu telah menghantar kertas kerja kepada Konfederasi Bola Sepak Asia Tenggara (AFF).
Kemboja mahu menggunakan stadium yang baru sahaja siap iaitu Stadium Nasional Morodok Techo sebagai venue.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Eksklusif: Hanya Satu Tandatangan Gagalkan Impian Asyraf Khairuddin Sarung Jersi DC United