Penyerang muda negara, Luqman Hakim giat memperbaiki komunikasi dengan rakan sepasukan setelah beliau membuat penampilan pertama dalam saingan Jupiler Pro League bersama KB Kortrijk.
Luqman dimasukkan sebagai pemain gantian pada perlawanan menentang RSC Anderlecht minggu lalu yang menyaksikan skuad bimbingan Vincent Kompany berjaya menewaskan Kortrijk dengan keputusan 3-1.
Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Luqman menegaskan beliau gembira dapat membuat penampilan pertama dalam saingan JPL.
“Sudah pasti gembira. Saya mendapat pengalaman yang baru serta mendapat ilmu yang banyak dari pemain yang lebih senior dari saya.
“Kali pertama beraksi bersama skuad senior, saya kurang berkomunikasi kerana saya masih baru.
“Tetapi setakat ini mereka memberi banyak tunjuk ajar kepada saya,” kata Luqman.
Pada aksi menentang Anderlecht, Luqman memainkan peranan besar ketika Kortrijk mendapat sepakan penalti pada separuh masa kedua.
Perkara ini sekaligus dilihat bakal memberi keyakinan kepada pengendali pasukan, Yves Vanderhaeghe untuk terus memberi peluang kepada Luqman berada dalam skuad senior.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:
Debut Luqman Hakim Dalam Jupiler Pro League, 16 Minit Aksi Berharga Penyerang Muda Negara
TERKINI: Luqman Hakim Tersenarai Dalam Skuad Utama KV Kortrijk Bertemu RSC Anderlecht Esok
Luqman Hakim Gembira Jaringkan Gol Pada Perlawanan Kompetitif Pertama Bersama KV Kortrijk