Penyerang muda negara Luqman Hakim telah melakukan penampilan pertamanya bersama KV Kortrijk dalam aksi Jupiler Pro League ketika bertemu RSC Anderlecht awaal pagi ini.
Luqman Hakim masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74 perlawanan ketika KV Kortrijk ketinggalam 0-3 dibelakang skuad yang dibimbing oleh Vincent Kompany, selepas ketua jurulatih Yves Vanderhaeghe mengeluarkan Petar Golubović.
Kemasukan Luqman menggantikan pemain pertahanan itu dilihat sebagai tindakan bagi mencari lebih peluang untuk KV Kortrijk mencari gol untuk merapatkan jurang selepas kelab itu gagal menemui penyudah yang diharapkan.
74' IT'S HAPPENING 🇲🇾
First minutes for Luqman! 😱
0-3 | #KVKAND #COYR pic.twitter.com/9dF9DwImsg
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) October 23, 2020
16 minit pertama aksi Luqman Hakim ketika debut dalam saingan Jupiler Pro League ini diharapkan akan memberikan lebih keyakinan serta mempercepatkan proses adaptasi dan penyesuaian untuk beliau tampil lebih padu dimasa depan.
74' WISSEL KVK:
➡️ Luqman 🇲🇾🇲🇾🇲🇾(debut)
⬅️ Golubovic— KV Kortrijk (@kvkofficieel) October 23, 2020
Berikut adalah senarai kesebelasan utama skuad KV Kortrijk bertemu RSC Anderlecht untuk rujukan semua.
Onze elf Kerels 🆚 RSC Anderlecht 🔥💪#KVKAND #COYR pic.twitter.com/GoYaOwGH5z
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) October 23, 2020
Bagaimanapun keputusan perlawanan KV Kortrijk berakhir dengan kekalahan 1-3 ditangan RSC Anderlecht, namun aksi penampilan pertama Luqman Hakim mungkin lebih manis dan akan menjadi bualan peminat bola sepak di Malaysia.
Tahniah Luqman Hakim!
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
TERKINI: Luqman Hakim Tersenarai Dalam Skuad Utama KV Kortrijk Bertemu RSC Anderlecht Esok
Netizen Thai: Liga Malaysia Tidak Mencabar Untuk Diogo, JDT Mampu Juara Lagi Dengan Pemain Sedia Ada