Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim bakal menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA 2021 dan saingan AFC B-23 Tahun pada 30 April ini selepas menamatkan sesi latihat bersama kelabnya iaitu kV Kortrijk.
Persoalan mengenai kelibat Luqman bersama skuad bimbingan Brad Maloney muncul setelah pemain lain yang berpangkalan di luar seperti Hadi Fayyadh Abdul Razak (Azul Claro Numazu) dan Nooa Laine (SJK Seinäjoki) sudah menyertai kem latihat pusat.
ETA Luqman: 30 April 2022 https://t.co/NEX2iWOOIt
— Ahmad Fazli Mohd Yadi (@SangAjiz) April 26, 2022
Khidmat Luqman Hakim masih ditagih oleh skuad muda negara tatkala beliau telah beraksi bersama pasukan senior di beberapa perlawanan persahabatan dan kejohanan antaranya Piala AFF Suzuki 2020 serta saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Selain Luqman, ada beberapa pemain lagi yang mana peminat mendesak agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berusaha untuk mendapatkan khidmat mereka bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi dua kejohanan akan datang.
Antara pemain yang dimaksudkan ialah Kobe Chong yang kini beraksi bersama Peterborough United, Richard Chin yang beraksi bersama Charlton Athletic dan Amar Makruf yang menyarung jersi kelab Sepanyol, CD Alcorcon.
Tiada perkembangan mengenai Kobe dan Richard namun harapan peminat untuk melihat Amar beraksi bersama skuad B-23 tahun negara tidak kesampaian kerana pemain itu mengalami kecederaan pergelangan kaki dan memerlukan masa yang lama untuk pulih.
Ketua jurulatih, Brad Maloney memanggil seramai 31 pemain untuk menyertai kem latihan pusat kali ini dimana Selangor (11) dan Terengganu (9) menjadi penyumbang utama pemain diikuti oleh Johor Darul Ta’zim (4), Kuala Lumpur City(2), Kedah Darul Aman (1), Negeri Sembilan (1), Skuad Projek FAM-MSN (1), KV Kortrijk (1) dan Azul Claro Numazu (1).
Pasukan akan mengadakan dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 bertemu Timor-Leste B-23 pada 29 April 2022 dan Filipina B-23 pada 1 Mei 2022, dengan kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung secara tertutup tanpa kehadiran penonton berdasarkan persetujuan daripada pasukan-pasukan yang terlibat.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak di sekitar Asia di sini:
TMJ Ajak Peminat Penuhi Stadium Pada Aksi Menentang Ulsan Hyundai
ACL 2022: Dua Gol Penalti Bergson Bantu JDT Tundukkan Guangzhou FC
ACL 2022: Atasi Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai Lonjak Ke Tangga Teratas