Berita kurang menyenangkan datang dari bumi Belgium apabila penyerang muda negara, Luqman Hakim mengalami kecederaan hamstring sekaligus terpaksa berehat selama tiga minggu.
Luqman mengalami kecederaan hamstring pada kaki kanannya ketika sesi latihan sehari selepas aksi menentang RSC Anderlecht, yang mana turut menyaksikan beliau membuat penampilan pertama bersama skuad senior Kortrijk.
Luqman Hakim Shamsudin terpaksa direhatkan 3 minggu ekoran kecederaan hamstring dibahagian kaki kanan, dialami ketika sesi latihan pada Ahad selepas aksi menentang R.S.C Anderlecht minggu lalu.
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) October 31, 2020
Setelah dianalisis oleh pihak perubatan kelab, otot Luqman koyak sepanjang 1.9 sentimeter sekaligus dinasihatkan agar berehat selama tiga minggu.
Kecederaan ini menyebabkan Luqman bakal terlepas aksi bersama skuad B-21 tahun dan juga bersama skuad senior pada perlawanan Jupiler Pro League.
Bersama skuad senior, Luqman akan terlepas perlawanan menentang Zulte Waregem (3 November), K Beerschot VA (7 November) dan Club Brugge (22 November).
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:
KV Kortrijk Bakal Lancarkan Dokumentari Mengenai Luqman Hakim
Luqman Hakim Giat Perbaiki Komunikasi Bersama Rakan Sepasukan
Debut Luqman Hakim Dalam Jupiler Pro League, 16 Minit Aksi Berharga Penyerang Muda Negara