Pakar perpindahan Eropah Fabrizio Romano sudah meletakkan label ‘Here We Go’ dalam status terbarunya tentang perpindahan Romelu Lukaku ke Chelsea.
Sebelum ini Chelsea melakukan beberapa bidaan yang ditolak oleh Inter Milan. Awalnya Inter Milan tidak mahu menjual Lukaku pada sebarang harga.
Namun pasukan tersebut pada masa yang sama perlu menjana wang lagi daripada jendela perpindahan kali ini untuk mengelak daripada gagal menepati piawaian FFP.
Inter Milan sudah menjual Achraf Hakimi ke PSG dengan nilai €70 juta. Tetapi mereka perlu mendapatkan wang lebih lagi.
Inter gagal untuk menjual beberapa pemain lain dalam pasukannya. Dan Chelsea pula terus berminat dengan Lukaku.
Chelsea mahukan Lukaku selepas Tuchel meminta penyerang berkelas dunia yang baharu. Harry Kane dan Erling Haaland turut berada di dalam senarai sasaran pasukan Chelsea.
Namun harga Erling Haaland terlalu mahal. Dipercayai sekitar €175 juta. Lebih-lebih lagi Borrusia Dortmund pada ketika ini tidak memikirkan untuk mencari wang lebih daripada jendela perpindahan kali.
Ini selepas mereka menjual Jadon Sancho ke Manchester United.
Harry Kane dianggap sebagai perpindahannya jauh lebih sukar berbanding dengan cubaan membawa semula Romelu Lukaku ke Stamford Bridge. Ini mengambil kira faktor perseteruan sebandar di antara Tottenham Hotspur dengan Chelsea.
Chelsea mengemukakan tawaran kedua mereka dengan menyertakan Marcos Alonso yang dinilai oleh mereka €20 juta – dalam perjanjian itu. Chelsea membayar €100 juta secara tunai dengan pakej keseluruhan €120 juta. Yang merupakan harga diminta Inter.
Harga yang dikatakan harga untuk pemain bukan untuk dijual.
Inter menolaknya dan cuma mahukan cash sahaja. Lalu Chelsea hadir dengan tawaran akhir €115 juta. Tawaran itu dikatakan diterima oleh Inter dan Chelsea sedang berunding dengan Romelu Lukaku untuk terma peribadi dalam kontrak.
Lukaku akan diberikan gaji €12 juta semusim ataupun €230 ribu seminggu.
Romelu Lukaku to Chelsea, confirmed and here we go! The agreement is set to be completed after further talks. €115m to Inter and no players included. Paperworks to be signed once details are fixed. 🔵🤝 #CFC
Lukaku will sign a long-term contract for €12m + add ons. 🇧🇪 #Chelsea pic.twitter.com/N47ksuRGpM
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 7, 2021
Namun itu cuma gaji asas. Beliau masih boleh meningkatkan gajinya sehingga €350 ribu seminggu jika semua bonus berjaya diaktifkan berdasarkan bonus prestasi.
Lukaku dikatakan bersetuju dengan tawaran oleh Chelsea dan bakal melengkapkan proses seterusnya dalam masa terdekat.
Lukaku menjadi pemain penting Inter Milan dalam kejayaan mereka pada musim lalu menjuarai Serie A dengan menamatkan dominasi panjang Juventus.
Namun Inter kemudian melepaskan Conte kerana tidak sehaluan dalam isi pengurusan pemain. Conte meminta dana perpindahan untuk menguatkan lagi pasukan bagi mempertahankan kejuaraan dan mencabar pentas Eropah.
Sebaliknya beliau pula yang diminta untuk menjual beberapa pemain untuk memberikan kelab sekitar €80 juta. Inter pada masa yang sama mahukan Conte memastikan Inter terus beraksi di UCL pada musim akan datang.
Tugas itu dianggap mustahil untuk dicapai dengan campur tangan pengurusan tertinggi dalam jual beli pemain. Lalu Conte dan Inter memutuskan untuk berpisah.
Namun begitu Lukaku tetap menyatakan bahawa beliau gembira kekal di Inter walaupun sedih berpisah dengan Conte yang dianggap beliau sebagai jurulatih terbaik yang pernah menguruskannya.
Dan kini Lukaku sudah sedia untuk kembali semula ke Chelsea. Kelab pertama yang membawanya keluar dari Belgium. Namun beliau tidak pernah benar benar diberikan peluang pada ketika itu.
Membuatkannya dipinjamkan ke West Brom dan Everton – yang kemudiannya berpindah secara tetap. Lukaku seterusnya menyertai Man United sebelum ke Inter Milan.
Dengan penjualan Lukaku ini, Inter sudah pastinya akan menutup pintu kepada kelab yang mahukan Lautaro Martinez.
Baca juga artikel
Kecewa Tak Bermain Dengan Messi, Aguero Arahkan Peguam Semak Semula Kontrak
Kane Kecewa Komen Penyokong Spurs Tuduh Dia Tidak Profesional
Atletico, Arsenal Buru Khidmat Lautaro Martinez Pada Harga Lebih Rendah