Romelu Lukaku telah menjadi mangsa serangan perkauman sekali lagi. Kali ini daripada penyokong Inter Milan sendiri.
Baca Juga:
- Inter vs Milan: Lukaku Dan Martinez Bawa Inter Ke Final UCL
- Manchester City Lengkapkan Musim Gemilang, Muncul Juara UCL 2022/23
- Tiket Aksi Indonesia Menentang Argentina Habis Terjual Dalam 2 Minit
Sebelum ini Lukaku sudah beberapa kali melalui serangan perkauman di Itali daripada penyokong lawan.
Namun pada kali ini, penyokong Inter sendiri yang melepaskan kemarahan mereka ke atas Lukaku dengan membanjiri komen berunsurkan perkauman di Instagram miliknya.
Inter Milan kalah di final UCL. Lukaku dianggap sebagai punca kekalahan mereka.
Pemain itu gagal menyempurnakan 2 peluang keemasan dan turut menghadang tandukan rakan sepasukannya Di Marco.
Lukaku yang pernah dijulang sebagai wira Inter ketika membantu kelab itu menjuarai Serie A.
Dia pernah mengecewakan peminat apabila kembali semula ke Chelsea setelah berjanji akan kekal.
Prestasi hambarnya di Chelsea membuatkan Lukaku merengek mahu kembali ke Inter.
Dia disambut meriah sekali lagi oleh peminat Inter. Dia menyertai kelab itu secara pinjaman. Namun kepulangannya kali ini tidak sama seperti sebelum ini.
Prestasinya tidak konsisten dan banyak dibelenggu masalah kecederaan.
Walaubagaimanapun, dia menunjukkan aksi cemerlang pada pusingan separuh akhir. Dan beraksi pada aksi final, masuk menggantikan Edin Dzeko pada minit ke-57.
Malangnya, Lukaku agak tumpul di hadapan gol. Membuatkan Romelu Lukaku menjadi mangsa kecaman peminat Inter dengan komen jelek perkauman.
Banyak komen yang berbaur ejekan melibatkan rasisme di Instragam Lukaku. Termasuk memanggilnya monyet dan sebagainya.
Diharap UEFA akan memandang serius perkara ini.