Bekas pengurus pasukan Belanda, Louis Van Gaal menyertai ‘geng teori konspirasi’ bahawa Piala Dunia 2022 sudah diatur.

Baca Juga:

Menurut Van Gaal, juara Piala Dunia 2022 sudah ditentukan sebelum sepak mula kejohanan itu lagi. Di mana FIFA mahukan Messi menjadi juara dunia bersama Argentina.

Argentina menewaskan Perancis pada aksi final Piala Dunia 2022 untuk memastikan negara itu membawa pulang Piala Dunia ketiga mereka dan yang pertama sejak 1986.

Argentina memulakan kempen dengan buruk apabila dikejutkan oleh Arab Saudi dengan kekalahan 1-2. Namun Messi dan rakan rakannya bangkit menewaskan Mexico dan Poland untuk mara ke kalah mati.

Argentina menewaskan Australia pada pusingan 16 akhir dan menewaskan Belanda yang dikendalikan Louis Van Gaal pada suku akhir.

Argentina mudah menewaskan finalis edisi 2018, Croatia untuk mara ke final menentang Perancis. Di mana Argentina bergelar juara selepas aksi final yang menghiburkan. Penentuan penalti akhirnya dimenangi Argentina.

Messi berjaya menjulang Piala Dunia sebelum dia bersara.

Argentina Bangladesh
Kredit Foto: Twitter FIFA World Cup

Louis Van Gaal membuat kenyataan panas menganggap Piala Dunia 2022 sudah diatur. Pendapat yang sama di media sosial oleh segelintir pihak yang menganggap Piala Dunia 2022 memang sudah diatur untuk Messi.

Sambil menyatakan bahawa terlalu banyak penalti diberikan kepada Argentina dalam Piala Dunia 2022.

Van Gaal berkata: “Saya tak mahu memberikan terlalu banyak komen tentangnya. Apabila kamu melihat bagaiman Argentina mendapat gol mereka dan bandingkan dengan bagaimana kami mendapat gol – anda boleh tahu.”

“Apabila pemain Argentina melampaui batas dan mereka tidak dihukum. Jadi ianya Piala Dunia yang sudah diatur.”

Wartawan seolah olah keliru sama ada Van Gaal sedang menyindir troll di media sosial yang selalu menganggap ianya Piala Dunia yang sudah diatur.

Van Gaal menjawab: “Saya benar benar memaksudkan apa yang saya katakan. Adakah mereka mahu memastikan Messi menjadi juara dunia? Saya rasa YA!.”