Mungkin ramai yang sudah kenal dengan logo Harimau Malaya seperti diatas, dimana logo ini telah banyak kali digunakan oleh Ultras Malaya ketika memberikan sokongan untuk pasukan kebangsaan Malaysia.
Logo ini telah mula digunakan sejak sekitar tahun 2007 terutama pada laman forum Harimau Malaya dot com yang cukup terkenal pada ketika itu.
Gambar dibawah adalah contoh banner yang menggunakan logo Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selepas pelancaran kerjasama FAM dan Casio semalam, telah timbul persoalan dikalangan penyokong skuad Harimau Malaya kerana logo harimau pada jam tangan edisi terhad G-SHOCK itu mempunyai tanda ‘TM’.
Mungkin maklumat mengenai perkara itu tidak diperkatakan secara meluas, carian oleh beberapa individu dilaman MyIPO telah menjumpai jawapannya.
Untuk melihat dengan lebih jelas, kami telah melakukan carian di laman web MyIPO juga dan mendapati bahawa logo Harimau Malaya tersebut sah didaftarkan pada 29 Mei 2017.
Berdasarkan paparan dibawah, jenama Harimau Malaya dan logo itu kini berstatus ‘Registered’ dan pemegang hak milik adalah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Butiran lanjut mengenai jenama dan logo Harimau Malaya ini juga boleh dilihat seperti dalam gambar dibawah.
Jika anda mahu membuat rujukan lanjut mengenai logo Harimau Malaya, sila klik pautan ini dan akan dibawa ke laman web MyIPO.
Bagaimana cara untuk buat ‘trademark’? Sila layari artikel langkah-langkah untuk buat ™ yang pernah diterbitkan oleh TheVocket sebelum ini.
Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
UAE ‘Tibai’ India 6 Gol Tanpa Balas, Ali Mabkhout Cipta Hatrik Dan 2 Pemain Naturalisasi Sumbat Gol
Luqman Hakim:”Perubahan Ini Untuk Kebaikan Diri, Kalau Kurus Nanti Kena Langgarlah Saya Dekat Sana.”