Liverpool secara rasminya telah memohon agar aksi separuh akhir Piala Carabao menentang Arsenal di Emirates ditunda kerana penularan covid di kem Liverpool.
Rundingan di antara Liverpool dengan pihak EFL berlangsung semalam. Di mana beberapa lagi pemain Liverpool disyaki dijangkiti covid-19.
Staf kejurulatihan Liverpool terpaksa membatalkan latihan pertengahan minggu selepas berlaku satu lagi gelombang serangan covid di Liverpool. Ianya adalah gelombang ketiga melanda Liverpool.
Pusat Latihan Kirkby melakukan saringan kesihatan seperti biasa. Dan mendapati beberapa pemain lagi disyaki covid.
Liverpool memohon penundaan aksi kerana tidak mempunyai skuad yang cukup untuk beraksi menentang Arsenal.
Sebelum ini 9 pemain Liverpool disisihkan daripada tugasa menentang Chelsea kerana isolasi covid, kecederaan dan penggantungan. Klopp sendiri tidak dapat hadir ke Stamford Bridge kerana jangkitan Covid.
Kini Liverpool kehilangan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita yang menyertai negara masing masing untuk tugasan Piala AFCON.
Andy Robertson baru kembali daripada penggantungan. Sementara itu 3 pemain iaitu Roberto Firmino, Alisson dan Joel Matip – masih dalam tempoh kuarantin wajib.
EFL sebelum ini menyatakan bahawa, sesebuah pasukan itu boleh meminta penundaan aksi mereka jika skuad mereka memiliki kurang daripada 14 pemain yang tersedia termasuk penjaga gol.
14 pemain ini adalag pemain daripada pasukan utama.
Pemain B-21 dikira tidak dikira sebagai pemain utama dalam Piala EFL kecuali mereka melakukan penampilan 1 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris.
Liverpool hanya memberikan debut kepada Tyler Morton dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebelum ini.
Liverpool dalam kenyataannya menyatakan bahawa mereka sudah mengajukan permohonan rasmi untuk penundaan perlawanan kerana tidak cukup pemain – atas alasan berkaitan dengan covid-19, kecederaan dan kecergasan.
We can confirm an application has been submitted for the postponement of Thursday’s Carabao Cup semi-final, first-leg tie with Arsenal due to an escalating number of suspected positive COVID-19 cases and player availability.
— Liverpool FC (@LFC) January 4, 2022
Namun belum ada kata putus daripada EFL berkenaan dengan permohonan tersebut.
Baca juga artikel
Rakyat India Kecewa Menteri Bina Tugu Ronaldo Di Goa Atas Alasan Tidak Masuk Akal
Tuchel Tak Puas Hati Dengan Pengadil Yang Tak Layangkan Kad Merah Kepada Mane