Tugu penghormatan Cristiano Ronaldo telah dibina di Goa, India. Kawasan yang sinonim dengan penjajahan Portugis dan masih ramai rakyat berdarah Portugis mendiami kawasan tersebut.
Namun pembinaan tugu itu ternyata menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat India yang menuduh tugu tersebut sebagai mengagung agungkan kuasa kolonial ataupun penjajah.
Penunjuk perasaan berkumpul dengan bendera hitam. Mereka menunjukkan protes di sekitar tugu itu dibina sebaik sahaja ianya rasmi dilancarkan untuk tatapan umum di Calangute.
Aktivis dan golongan patriot India malu dengan tindakan kerajaan tempatan yang memilih tokoh dari Portugal untuk diabadikan di Goa yang dijajah oleh Portugis sehingga 1961.
Bekas pemain kebangsaan India, Micky Fernandes menganggap tindakan kerajaan tempatan sebagai melukakan hati dan menunjukkan bahawa masih ramai rakyat di Goa yang terlalu mengagungkan penjajah.
Micky berkata: “Ronaldo adalah pemain terbaik di dunia. Namun kita seharusnya membina tugu pemain bola sepak yang berasal dari Goa bukannya dia.”
Menteri tempatan wilayah tersebut, Michael Lobo ada alasannya tersendiri. Di mana dia menyatakan bahawa pemilihan Ronaldo sebagai tugu bukan kerana mengagungkan penjajah tetapi mahu generasi muda menjadikan Ronaldo sebagai inspirasi dan motivasi untuk berjaya di dalam dan di luar negara.
Lobo berkata: “Semua anak anak lelaki dan perempuan yang bermain bola sepak akan terinspirasi daripada orang seperti Cristiano Ronaldo.”
“Jika anda mengejar impian anda dan anda bersemangat mengenainya maka anda boleh mencapai sasaran yang lebih tinggi. Inilah yang kami tulis pada plak itu.”
Alasan tersebut dianggap tidak masuk akal. Kerana masih ramai atlet India yang memiliki sejarah luar biasa dalam sukan yang boleh dijadikan inspirasi.
Tidak salah untuk menjadikan Ronaldo sebagai inspirasi, namun untuk meletakkan tugunya di Goa, ianya membuatkan ramai mempersoalkannya.
Cristiano Ronaldo's statue installed in the state of Goa, India to inspire youth and take football to next level in the country.
[@ANI] pic.twitter.com/RBWZFrNv8A
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) December 29, 2021
Seterusnya ada yang mengungkit tindakan Lobo. Di mana sebelum ini ramai rakyat Goa membantah pembinaan tugu Shivaji Maharaj, dengan alasan: “Kenapa perlu membina tugu bukan orang Goa di Goa?”
Dan sekarang mereka membina tugu Ronaldo yang merupakan orang Portugal.
Where are the people asking relation of Chatrapati Shivaji Maharaj with Goa??? They opposed status of Shivaji Maharaj saying “why we want status if non Goan in Goa”
How is Ronaldo related to Goa now? https://t.co/rhA502m1nd— Akshata Puranik-Bhat🇮🇳 (@Adv_Akshata) December 29, 2021
Kebanyakan wilayah di India memperoleh kemerdekaan pada tahun 1947.
Tetapi pemerintahan diktator Portugal ketika itu mengekalkan Goa sehingga pasukan tentera India menyerang kota tersebut pada tahun 1961 dan menguasai wilayah itu dalam operasi dua hari.
Pengaruh Portugal selama berabad-abad kekal kelihatan dalam seni bina tempatan, terutamanya banyak gereja. Ramai orang di Goa mempunyai nama asal Portugis.
Tidak seperti di kebanyakan India, ramai orang Goa lebih suka bola sepak daripada kriket — dan ramai yang menyokong Portugal dalam kejohanan antarabangsa seperti Piala Dunia.
“Saya mengikuti [Portugal] juga, tetapi oleh kerana kita mempunyai pemain kita sendiri, kita tidak boleh memasang patung seseorang dari luar negara kita,” kata Fernandes.