Liverpool memutuskan untuk tidak menyertakan logo Carlsberg dalam poster pengktirafan Mohamed Salah sebagain pemain terbaik perlawanan menentang Wolves.
Baca Juga:
- Mohamed Salah Tolak Al Itihad Dengan Cara Elok
- Jordan Henderson Berikan Sebab Tinggalkan Liverpool Dan Sertai Al-Ettifaq
- Man United Gantung Antony
Ianya bukanlah perkara baru dalam Liverpool di mana pemain yang beragama Islam yang memenangi anugerah pemain terbaik pilihan kelab tidak akan diletakkan logo Carlsberg.
Ianya merupakan salah satu toleransi yang diminta oleh kelab kepada rakan penaja mereka yang merupakan pengeluar minuman keras itu.
Ini adalah contoh daripada musim sebelum ini:
Two goals and an assist 👏@MoSalah is your Player of the Match for #LIVLEE 🤩 pic.twitter.com/QaW83WivHY
— Liverpool FC (@LFC) February 23, 2022
Bandingkan dengan Thiago Alcantara:
Another midfield masterclass from @Thiago6 🪄
He's your @Carlsberg Player of the Match 👏 pic.twitter.com/gELBGlqOPm
— Liverpool FC (@LFC) April 19, 2022
Carlsberg telah menjadi penaja untuk anugerah pemain terbaik perlawanan bagi Liverpool sejak beberapa musim.
Namun peminat bertanya, adakah mereka akan kekal memberikan budi bicara kepada pemain yang beragama Islam pada musim ini?
Jawapannya ya!
Mohamed Salah semalam membekalkan 2 assist dan juga satu lagi ciptaan peluang yang membawa kepada gol sendiri lawan.
Kini dia menjadi pemain Liverpool pertama yang melakukan assist dalam 5 aksi di tempat lawan.
Mohamed Salah is the first ever Liverpool player to assist in five consecutive Premier League away games:
🅰️🅰️🅰️ vs. Leicester
🅰️ vs. Southampton
🅰️ vs. Chelsea
🅰️ vs. Newcastle
🅰️🅰️ vs. WolvesKing of the ̶K̶o̶p̶ road. 👑 pic.twitter.com/gEVjrZSW4f
— Squawka Live (@Squawka_Live) September 16, 2023
Membolehkan pemain itu dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Dan pada poster Mohamed Salah, tiada logo Carlsberg digunakan berbanding dengan poster sebelum ini.
Di mana Dominik Szoboszlai, Darwin Nunez dan Alisson Becker merupakan pemenang terdahulu.
Damn, good spot that is
— Samuel (@SamueILFC) September 16, 2023
Liverpool menang 3-1 ke atas Wolves di Molineux. Selepas permulaan yang mengecewakan dan ketinggalan awal 1-0 di tangan Wolves, Liverpool bangkit dengan 3 gol pada separuh masa kedua.
Kemenangan yang meletakkan Liverpool kini di tempat ketiga di belakang Man City dan Spurs.