Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi mengesahkan beliau kini bukan lagi pemain Odisha FC apabila tempoh pinjaman bersama kelab Liga Super India itu sudah tamat pada 30 Jun 2022.
Liridon menyertai kelab tersebut secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) pada bulan Ogos 2021. Beliau sebelum ini telah dipinjamkan ke Newcastle Jets selama enam bulan dan sempat merasai pengalaman beraksi sembilan perlawanan dalam kancah Liga Australia (A-League).
Pemain yang berusia 30 tahun itu membuat penampilan sulung bersama Odisha FC pada 24 November 2021 ketika menentang Bengaluru sekaligus mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia yang pertama beraksi di Liga Super India.
Until next time, Matdon 💜
Thank you for everything! ✨#OdishaFC #AmaTeamAmaGame pic.twitter.com/cGULXwobTD
— Odisha FC (@OdishaFC) June 29, 2022
“Terima kasih atas pengalaman hebat ketika bersama anda semua (Odisha FC). Kepada pihak pengurusan dan penyokong, terima kasih kerana melayan saya dengan baik. Selamat maju jaya untuk musim baru. Mungkin selepas ini, saya akan menyertai kelab sebagai jurulatih,” kata Liridon menerusi instagram story.
Malah, bekas pemain Kedah itu turut diiktiraf sebagai ‘Raja Gelecek’ Liga Super India (ISL) untuk musim 2021/22.
Berdasarkan statistik yang dikongsi oleh ISL pada 24 Februari lalu, pemain naturalisasi Harimau Malaya itu memiliki purata 91.67% kejayaan melepasi lawan hasil skil individunya itu.
Liridon Krasniqi : The #HeroISL dribbling 👑
Liridon Krasniqi has completed the most dribbles amongst any player with a success rate of 83% in the league! 💪🏻#OFCATKMB #LetsFootball #LiridonKrasniqi #OdishaFC pic.twitter.com/yjecCSshcH
— Indian Super League (@IndSuperLeague) February 24, 2022
Pemain tengah berusia 30 tahun yang turut digelar ‘The General’ di kalangan pengikut ISL itu melakukan 16 penampilan secara keseluruhan untuk kelab yang berpengkalan di Bhubaneswar sepanjang musim lepas.
Sejak beraksi bersama Odisha, Liridon kembali dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan dibawah kendalian Kim Pan-gon setelah kali terakhir menyarung jersi negara pada saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun tahun lalu.
Liridon juga sempat beraksi ketika Malaysia menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di Singapura dengan menentang tuan rumah selain Filipina dan Albirex Niigata Singapore dimana beliau menjaringkan dua gol.
Bagaimanapun, nama beliau digugurkan daripada senarai akhir 23 pemain untuk menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023 bulan lalu.
Belum pasti kemana destinasi pemain tersebut untuk musim hadapan namun beliau sempat memberikan ‘hint’ mengenai pasukan baharu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Jumlah Pengikut Facebook Pau FC Naik Mendadak Selepas Quang Hai Diumumkan Sebagai Pemain
Australia Sedia Jadi Tuan Rumah Piala Asia Dengan Syarat AFC Anjak Ke Tahun 2024
ACL 2022: Aksi JDT Menentang Urawa Red Diamonds Akan Berlangsung Di Stadium Saitama
Korea Selatan Hantar Permohonan Rasmi Bida Hak Tuan Rumah Piala Asia 2023