Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi terus beraksi di luar negara apabila bakal dipinjamkan ke kelab Thailand setelah tempoh pinjaman bersama kelab Australia, Newcastle Jets tamat pada 30 Jun ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memetik dari kenyataan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu temu bual Nindian Bola baru-baru ini.

Liridon dipinjamkan ke Newcastle Jets pada awal tahun ini disamping seorang lagi pemain, Syahrian Abimanyu yang baru sahaja dipanggil untuk kembali memperkuatkan jentera tengah skuad Harimau Selatan.

Pemain kelahiran Kosovo itu mempunyai minit permainan yang lebih daripada Syahrian dimana beliau diturunkan dalam beberapa perlawanan Liga Australia.

TMJ tidak berkongsi kelab Thailand mana yang akan disertai oleh Liridon Krasniqi namun besar kemungkinan kelab tersebut beraksi dalam saingan Thai League 1.

Sebelum ini, empat pemain negara iaitu Shahrel Fikri (Nakhon Ratchasima), Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United), Dominic Tan dan Mohamadou Sumareh (Police Tero) terlebih dahulu menjejakkan kaki dalam saingan bola sepak negara jiran.

Namun hanya Dominic Tan sahaja yang kekal manakala tiga lagi pemain sudah kembali ke saingan Liga Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Junior Eldstal Alami Kecederaan, Tidak Dapat Diturunkan Menentang Vietnam

Khalid Ali: “Cara De Paula Main Memang Begitu Sebab Dia Penerima Bola”

Park Hang-seo: “Kalau Tidak Dapat Keputusan Bagus, Saya Akan Kemas Beg Dan Pulang”