Pemain pertahanan negara, Junior Eldstal dilaporkan mengalami kecederaan sekaligus tidak dapat diturunkan pada perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam 12 Jun ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Junior mengalami kecederaan tendon achilles ketika aksi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu.
Pertahanan skuad kebangsaan Junior Eldstal dijangka terlepas perlawanan menentang Vietnam Jumaat ini apabila disahkan mengalami kecederaan tendon achilles kaki kiri ketika bertemu UAE.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 6, 2021
Junior Eldstal dimasukkan pada separuh masa kedua pada perlawanan menentang UAE dimana beliau menggantikan ketua pasukan, Aidil Zafuan pada minit ke-69.
Pemain Chonburi itu bergandingan dengan Dion Johan Cools namun terpaksa akur apabila UAE menjaringkan tiga gol dalam tempoh masa 10 minit sekaligus menyaksikan pasukan negara tewas dengan keputusan 4-0.
Kecederaan yang dialami oleh Junior ini menyaksikan Tan Cheng Hoe kini kekurangan seorang pemain pertahanan tengah dari senarai sedia ada iaitu Irfan Zakaria, Aidil Zafuan, Dion Cools, Adam Nor Azlin dan Dominic Tan.
Cheng Hoe dijangka membuat perubahan dalam kesebelasan utama setelah dibolosi empat gol oleh UAE pada aksi menentang Vietnam dan barisan pertahanan tidak terkecuali.
Pasukan negara wajib menang ke atas Vietnam dan Thailand bagi mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan ketiga sekaligus layak secara merit ke temasya Piala Asia pada 2023 nanti.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:
Khalid Ali: “Cara De Paula Main Memang Begitu Sebab Dia Penerima Bola”
Park Hang-seo: “Kalau Tidak Dapat Keputusan Bagus, Saya Akan Kemas Beg Dan Pulang”
Luqman Hakim Dan Arif Aiman Wajar Diberikan Peluang Barisi Jentera Serangan Harimau Malaya