Peminat Indonesia mula menjual semula tiket perlawanan persahabatan antarabangsa antara negara itu menentang Argentina setelah muncul laporan Lionel Messi tidak akan diturunkan dalam perlawanan itu.
Baca Juga:
- Lionel Messi Mungkin Tidak Diturunkan Pada Aksi Menentang Indonesia
- Argentina Bawa Lionel Messi Untuk Bertemu Indonesia
- Here We Go: Messi Sertai Inter Miami, Tolak Tawaran Al Hilal Dan Barca
Sebelum ini, wartawan ESPN Argentina iaitu Leo Paradizo melaporkan Messi hanya terlibat pada aksi menentang Australia di Beijing pada 15 Jun dan tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Indonesia pada 19 Jun di Jakarta.
Menurut Leo, sebab utama mengapa Messi tidak datang ke Indonesia ialah kerana beliau tidak berpuas hati dengan situasi semasa di Beijing.
Ketika Beijing diumumkan sebagai venue bagi aksi antara Argentina dan Australia, bandar itu heboh dimana peminat berpusu-pusu untuk bertemu bintang dunia itu sekaligus menjadikan situasi kurang selesa bagi Messi.
Menurut tinjauan di laman media sosial Twitter, rata-rata peminat yang menjual tiket kecewa kerana Messi tidak akan diturunkan.
Salah satu faktor utama mengapa tiket perlawanan Indonesia menentang Argentina habis dijual dalam masa 2 minit adalah kerana Lionel Messi selain negara Amerika Selatan itu baru sahaja memenangi Piala Dunia 2022.
Sehingga saat ini, masih belum ada pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengenai sama ada Lionel Messi menjadi sebahagian daripada skuad negara itu ke Jakarta.
Sebanyak 60,000 keping tiket yang diperuntukkan untuk semua kategori dan telah habis dijual dalam masa 2 minit.
Terdapat 4 jenis tiket merangkumi kategori 1, 2, 3 dan kategori VIP dengan kawasan tempat duduk yang berbeza. Berikut ialah harga tiket bagi setiap kategori tersebut:
1. Kategori 1 – Rp2.5 juta (RM770)
2. Kategori 2 – Rp1.2 juta (RM370)
3. Kategori 3 – Rp600 ribu (RM185)
4. Kategori VIP – Rp4.25 juta (RM1,300)