Ketua pasukan Argentina, Lionel Messi berkemungkinan besar tidak akan diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Indonesia.

Perkara ini dikongsi oleh wartawan ESPN Argentina iaitu Leo Paradizo dimana beliau melaporkan Lionel Messi hanya akan terlibat pada perlawanan menentang Australia pada 14 Jun dan tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Indonesia di Jakarta pada 19 Jun.

Lionel Messi Indonesia
Lionel Messi

Masih tidak diketahui mengapa Messi tidak diturunkan menentang Indonesia namun ramai berpendapat perkara ada kaitan dengan perpindahan pemain itu ke kelab Inter Miami dalam saingan Major League Soccer (MLS).

Messi dikhabarkan mahu mengurangkan penglibatan bersama skuad kebangsaan bagi memberi sepenuh perhatian bersama Inter Miami.

Perkara ini nyata membuat rata-rata peminat Indonesia kecewa kerana mereka mahu melihat bekas pemain Barcelona dan Paris Saing-Germain (PSG) itu untuk menguji pemain skuad Garuda.

Menurut laporan CNN Indonesia, jualan tiket yang diperuntukkan sebanyak 60,000 keping untuk semua kategori telah habis dijual dalam masa 2 minit.

Jualan tiket tersebut dibuka pada hari isnin lalu untuk semua pemegang kad Bank Rakyat Indonesia bermula dengan harga serendah RM185 (Rp600 ribu) sebelum dijual kepada peminat.

Bagaimanapun, ia tetap laku keras dan mendapat sambutan yang cukup mengalakkan sehingga habis dijual dalam tempoh 12 minit.

Terdapat 4 jenis tiket merangkumi kategori 1, 2, 3 dan kategori VIP dengan kawasan tempat duduk yang berbeza. Berikut ialah harga tiket bagi setiap kategori tersebut:

1. Kategori 1 – Rp2.5 juta (RM770)
2. Kategori 2 – Rp1.2 juta (RM370)
3. Kategori 3 – Rp600 ribu (RM185)
4. Kategori VIP – Rp4.25 juta (RM1,300)