Bintang bola sepak terkemuka dari Argentina, Lionel Messi kini berada di Jeddah, Arab Saudi untuk memenuhi jemputan Kementerian Pelancongan negara itu. Ketika rakan sepasukannya, Kylian Mbappe berkunjung ke Madrid, Messi pula mendapat tugasan berbeza.
Menurut laporan media Perancis, pemain Paris Saint Germain (PSG) itu bakal dilantik sebagai duta pelancongan Arab Saudi.
Perkembangan itu turut disahkan oleh Menteri Pelancongan Arab Saudi, Ahmed Al Khateeb yang mengaturkan semua aktiviti sepanjang kehadiran Messi untuk mempromosi tempat menarik di negara itu kepada dunia.
“Hari ini saya menyambut kehadiran Lionel Messi dan rakan-rakan ke Arab Saudi untuk percutian istimewa. Ini bukanlah kunjungan pertama ke negara ini atau yang terakhir,” kata Al Khateeb.
I am pleased to welcome Lionel Messi to Saudi Arabia We are excited for you to explore the treasures of the Red Sea, the Jeddah Season and our ancient history.
This is not his first visit to the Kingdom and it will not be the last! @VisitSaudiNow pic.twitter.com/RDfxFIRjrt— Ahmed Al Khateeb أحمد الخطيب (@AhmedAlKhateeb) May 9, 2022
Penyerang itu juga sempat berkongsi gambar dia bergembira di Laut Merah bersama rakannya di laman Instagram dengan kerjasama bersama VisitSaudi. VisitSaudi mengalu-alukan kedatangan pemain itu ke negara mereka dengan Messi dilihat menerima sambutan secara tradisional.
“Dari Laut Merah ke Jeddah yang bersejarah, satu peluang seumur hidup menanti anda.#VisitSaudi.”
Ia bagaimanapun menjadi satu kejutan apabila Messi bekerjasama dengan Arab Saudi memandangkan PSG dimiliki oleh Qatar. Namun pemilik kelab dikatakan sudah mengetahui hubungan itu sebelum lawatan Messi ke Arab Saudi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah.
EPL: Liverpool Bangkit Dan Atasi Aston Villa Untuk Kekal Dalam Persaingan Kejuaraan
RASMI: Haaland Sertai Man City Dengan Nilai £55.Juta, Guardiola Akui Teruja
David Beckham Mahu Cristiano Ronaldo Terus Kekal Bersama Man Utd