Kebiasaannya pemain pasukan menyerang dalam usaha untuk mendapatkan jaringan ketika situasi sepakan penjuru akan terus berada di dalam kawasan penalti bagi menanti sepakan yang akan diambil rakan sepasukan.
Keadaan yang seringkali dapat kita saksikan dalam mana-mana perlawanan sehinggakan ada penjaga gol naik ke atas untuk memberikan bantuan pada minit-minit akhir sekiranya keadaan mendesak.
Tetapi, lain pula kisahnya bagi pemain Karlsruher SC ketika berhadapan Jahn Regensburg dalam saingan 2.Bundesliga dalam menghadapi situasi tersebut.
Hal ini kerana pemain pasukan tangga kelima itu menggunakan strategi yang boleh dianggap pelik bagi mendapatkan jaringan dan kelihatnya hampir membuahkan hasil.
Pada mulanya mereka hanya membiarkan seorang sahaja pemain untuk berada dalam kawasan penalti manakala enam pemain lain menanti di luar kawasan di sebelah kiri pintu gol pasukan pelawat.
Mungkin cubaan untuk mengelirukan pemain Jahn Regensburg, selepas menerima arahan daripada seorang pemain, kesemua mereka berlari menuju ke dalam kawasan penalti sehingga membuatkan ada pemain lawan seperti tiada idea untuk melakukan kawalan.
Strategi pelik situasi sepakan penjuru itu secara dasarnya kelihatan menjadi apabila pemain Karlsruher SC berjaya memenangi bola pertama dan kedua tetapi sayangnya tandukan ke arah pintu gol dilakukan pemain pertahanan, Christoph Kobald melewati palang gol.
Perlawanan tersebut bagaimanapun berkesudahan terikat tanpa jaringan meskipun Jahn Regensburg beraksi dengan 10 orang selama 12 minit selepas Benedikt Steffen Gimber dilayangkan kad merah.
😬😬😬 https://t.co/WG5z0tGFg5 pic.twitter.com/pPsuEC25N5
— Carl Carpenter Videos (@C_Carpenter14) February 7, 2021
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Safee Sali: Tangguhkan Liga Tak Mengapa, Jangan Sampai Batal
Isu Tunggakan Gaji: Hukuman Sekatan Perpindahan Bakal Menanti Melaka United