Sergio Ramos hanya bermain selama 175 minit untuk Paris Saint-Germain musim ini dalam 3 perlawanan. Itu sahaja masa yang diambil oleh Ramos untuk mengutip kad merah pertamanya bersama kelab baharunya – PSG.
Pemain asal Sepanyol itu masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 yang mengecewakan PSG ketika menentang calon penyingkiran Lorient dalam aksi Ligue 1.
.@SergioRamos shinpads looking 👌 pic.twitter.com/K4TyzGwtWD
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) December 22, 2021
Terkenal dengan penggunaan ‘dark art’ di atas padang, Ramos mendapat kad kuning pertama pada minit ke-81, dan hanya empat minit kemudian dia melihat merah kerana menjatuhkan Terem Moffi.
Penyerang Lorient memuatkan Ramos hilang arah, dengan gerakan satu lawan satu yang cemerlang, dan pertahanan Sepanyol itu tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan Moffi.
Ramos sedar apa yang dia lakukan, dan dia tahu itulah harga yang dia harus bayar. Sergio Ramos dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua!
Perlawanan tersebut berkahir dengan keputusan seri 1-1, dengan Mauro Icardi menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir untuk PSG untuk mengelakkan daripada diaibkan oleh Lorient.
Sergio Ramos gets his first red card for PSG 🟥 pic.twitter.com/HlIUoU5C0M
— ESPN FC (@ESPNFC) December 22, 2021
Ramos dilayangkan kad merah sebanyak 26 kali dalam karier 16 musim bersama Real Madrid sebelum tiba di Paris.
Pemain berusia 35 tahun itu hanya membuat satu penampilan untuk PSG sebelum minggu ini kerana masalahn kecederaan betis yang menyebabkannya diketepikan untuk tiga bulan pertama selepas dia menyertai PSG.
Ramos kemudian bermain 45 minit dalam kemenangan Piala Perancis pada Ahad sebelum turun menentang Lorient pada hari Rabu untuk penampilan ketiga untuk kelab baharunya.
Oleh kerana kad merah ini, Ramos akan digantung daripada beraksi dalam perlawanan Ligue 1 pertama selepas tahun baru menentang Lyon pada 9 Januar,
Namun pada Februari adalah perlawanan yang sangat penting untuk Ramos. Di mana dia akan bersedia untuk menghadapi kelab lamanya, iaitu Real Madrid dalam saingan kalah mati UCL.
Ramos sudah berikrar bahawa dia akan mempertahankan PSG sehingga mati dalam perlawanan tersebut.