Pemain pertahanan Nice, Youcef Atal telah digantung tujuh perlawanan oleh Ligue 1 kerana siaran media sosial yang menyokong Palestin dalam konflik antara Palestin dan Israel.

Baca Juga:

Nice telah pun menggantung Atal minggu lalu sehingga diberitahu kelak. Nice dalam kenyataan mereka mengesahkan pemain itu sudah memohon maaf atas tindakannya yang dianggap mengguris perasaan rakyat Israel.

Selepas perkara itu disemak oleh jawatankuasa etika persekutuan bola sepak Perancis, suruhanjaya disiplin liga Perancis menggantung Atal dengan hukuman yang dianggap berat.

Penggantungan Atal dibuat selepas pejabat pendakwa raya Nice membuka siasatan awal yang mendakawa Atal atas tuduhan “mempertahankan keganasan” kerana berkongsi mesej itu dalam talian.

Pejabat pendakwa berkata Atal juga disiasat kerana “menghasut orang ramai untuk membenci atau menggalakkan keganasan ke atas agama tertentu.”

Atal berusia 27 tahun, yang juga bermain untuk pasukan kebangsaan Algeria, memohon maaf selepas dilaporkan menyiarkan semula dan kemudian memadamkan video di mana seorang pendakwah Palestin membuat kenyataan yang dianggap antisemitik.

Tindakan Youcef Atal itu dianggap mengguris hati rakyat Israel yang dianggap sedang berjuang menentang pengganas Hamas – menurut Ligue 1.

Menulis di Instagram, Atal berkata dia memahami bahawa siarannya mengejutkan sesetengah orang dan berkata dia mengutuk semua bentuk keganasan, “tidak kira di mana sahaja di dunia.”

Dia hanya mahukan keamanan dicapai di Gaza, tidak lebih daripada itu. Menurut beliau lagi.

Youcef Atal bukanlah satu satunya pemain yang berdepan tindakan disiplin kerana menyiarkan solidariti buat Palestin. Sebelum ini Anwar El Ghazi turut dikenakan tindakan.

Bayern Munich baru baru ini menggantung Mazraoui kerana post menyokong Palestin. Namun pemain itu mengelak hukuman lebih lanjut kerana menurut Bayern dia sudah menyesali perbuatannya.

Bayern: Mazraoui Kesal Perbuatannya, Bayern Sentiasa Sokong Israel

Tindakan beberapa kelab ini yang menghukum pemain yang menyatakan solidariti buat Palestin dikritik. Ini kerana pemain pemain yang pro Israel pula bebas meluahkan apa sahaja di media sosial.

Misalnya Manor Solomon yang turut memuat naik tentang konflik tersebut. Dianggap memuat naik status atas dasar kemanusiaan.