Liga Pro Belgium telah memutuskan untuk membatalkan liga bola sepak mereka bagi musim 2019/20.
Ini menjadikan mereka liga yang pertama berbuat demikian. Dan kini mereka juga bercadang untuk menobatkan pendahulu liga Club Brugge sebagai juara untuk musim 2019/20 – berdasarkan kedudukan semasa dalam liga.
Namun sekarang ini perbincangan akan terarah kepada untuk menentukan pasukan yang akan disingkirkan dan dinaikkan pangkat ke liga utama.
The remainder of Belgium’s Jupiler Pro League season has been cancelled, with Club Brugge to be named champions.
That could be good news for Liverpool. https://t.co/mBllu8hZtw
— Standard Sport (@standardsport) April 2, 2020
Jawatankuasa khas kini sedang mengkaji kesan daripada keputusan ini kepada kewangan dan juga implikasi yang lain.
Satu lagi mesyuarat akan diadakan pada 15 April bagi membentangkan hasil daripada dapatan kajian mereka.
Liga Pro Belgium masih berbaki satu perlawanan untuk musim ini. Di mana Club Brugge memang sudah tak dapat dikejar lagi oleh mana-mana pasukan.
Jadi, tiada masalah untuk mereka menobatkan juara kepada Club Brugge.
Kenyataan rasmi daripada Pro League berbunyi: “Lembaga Pengarah Pro League sudah mengadakan pertemuan pada hari ini menerusi satu persidangan video.”
“Agenda paling penting adalah isu sama ada liga ini akan diteruskan, dengan mengambil kira konteks krisis koronavirus.”
“Kita sekarang ini berada dalam keadaan berjaga-jaga, di mana negara kita sudah menekankan bahawa, sukan bukannya keutamaan kita pada masa ini walaupun ia sangat menghiburkan dan merehatkan.”
“Dalam konteks ini, ianya adalah tanggungjawab oleh Lembaga Pengarah untuk membuat keputusan dengan mengambil kira aspek kesihatan awam, pandangan daripada pemegang saham dan suara majoriti daripada kelab.”
“Di mana keputusan yang dicapai adalah untuk tidak menyambung liga musim ini.”
Namun begitu, Pro League tidak mengumumkan lagi, sama ada final Piala Belgium yang sepatutnya berlangsung 22 Mac lalu, akan diadakan pada tarikh bila?
Brugge sepatutnya bertemu dengan Antwerp dalam final tersebut. Dan mungkin ia akan dianjakkan ke satu tarikh baharu.