Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memulakan fasa kedua kejohanan Liga Futsal Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2023 aingan Liga Super dengan nota kemenangan selepas berjaya menundukkan University of Nottingham (UNM) 5-3 pada aksi yang berlangsung di Arena UPSI, Tanjung Malim sebentar tadi.

Ia merupakan kemenacustom jerseys Bengals jerseys sex toys online custom football uniforms nfl apparel custom basketball jerseys cheapest jordan 4 Pittsburgh Steelers best jordan shoes adidas yeezy boost 350 custom team jerseys womens nike air max 270 cheap sex toys nike air jordan 4 black rose sex toy ngan ketiga yang diraih oleh UPSI untuk mengumpul 10 mata selepas mengharungi enam perlawanan liga.

Tuan rumah tersentak pada minit keenam permainan apabila Mohd Raihan Abd Ripai yang menyudahkan serangan balas pantas untuk meletakkan UNM dihadapan.

Kelebihan itu bagaimanapun hanya mampu bertahan seminit selepas Muhammad Alif Mohamed berada di kedudukan yang tepat untuk menampan masuk bola hasil situasi sepakan penjuru.

Muhammad Amsyar Alias kemudiannya memberikan kelebihan buat UPSI pada minit kesembilan setelah beliau merampas bola daripada kaki Mohd Danyal Fayyadh di kawasan lawan lalu melepaskan rembatan yang menghadiahkan gol kedua buat pasukannya.

Skuad kendalian Muhammad Haffiz Shaffiee itu menambah jaringan berselang seminit kemudian menerusi Muhammad Alif yang mudah menolak masuk bola ketika situasi sepakan ke dalam.

Alif kemudiannya melengkapkan hatrik pada minit ke-25 untuk terus melebarkan kedudukan buat tuan rumah.

Tidak mahu terus ketinggalan jauh, UNM berupaya merapatkan defisit jaringan menerusi sepakan percuma yang disudahkan Wan Azirul.

Malang menimpa anak buah Faiq Faudzil itu apabila Ahmadan Julhabiri diperintahkan keluar padang pada lewat permainan berikutan kekasaran yang dilakukannya.

Kesempatan itu diambil sepenuhnya UPSI untuk mendapatkan jaringan kelima oleh Hafiz Ikhwan Hazley.

Jaringan Muhammad Haziq Shah pada minit ke-40 nyata sudah terlewat buat UNM untuk menghalang tiga mata penuh buat UPSI.