Pengendali skuad kebangsaan China, Li Tie berharap lebih ramai pemain naturalisasi dapat memperkuatkan pasukannya bagi mencapai sasaran layak ke Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah bola sepak mereka.

Tiga pemain naturalisasi iaitu Elkeson (Ai Kesen), Aloisio (Luo Guofu) dan Nico Yennaris (Li Ke) telah pun dipanggil menyertai kem latihan pusat yang diadakan pada bulan lepas. Mereka sempat beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang beberapa kelab Liga Super China.

Li juga tengah menunggu ketibaan dua orang lagi pemain naturalisasi, Alan Carvalho dan Ricardo Goulart namun mereka tidak dapat menyertai kem latihan kerana mempunyai masalah peribadi dengan keluarga serta masalah dokumentasi.

“Pemain naturalisasi mampu memperkuatkan pasukan kebangsaan. Secara peribadi, saya harap lebih ramai pemain naturalisasi dapat menyertai pasukan ini.

“Apa yang lebih penting ialah pemain ini mempunyai minat yang kuat untuk bermain dengan China dan melakukan yang terbaik di atas padang. Pintu ke skuad kebangsaan sentiasa terbuka untuk semua pemain termasuk naturalisasi,” kata Li Tie dalam China Daily. 

5e9f9391a3105d502da066fe
China

Kebanyakan pemain naturalisasi ini beraksi dengan kelab Guangzhou Evergrande dan mereka telah didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Super China (CSL) sejak tahun lepas.

Ia adalah sebahagian daripada perancangan bekas jurulatih , Marcello Lippi bagi memastikan pasukan itu mempunyai barisan yang kuat untuk bersaing di peringkat Asia.

“Sejak 2019, Guangzhou Evergrande telah membantu 6 pemain ini mendapatkan kad pengenalan China dan status warganegara yang sah di Guangzhou.

“Pada masa yang sama, Guangzhou Evergrande dan Persatuan Bola Sepak China (CFA) telah bekerjasama untuk mempromosi pemain naturalisasi bagi memperkuatkan pasukan kebangsaan,” kata petikan daripada portal Guangzhou Daily.

Lebih menarik, seorang lagi pemain Evergrande yang juga merupakan bekas pemain muda England, Tyias Browning turut mendapat status warganegara China dan beliau layak menyertai skuad negara itu pada tahun ini.

Nama cina Tyias Browning ialah Jiang Guangtai.

Lihat artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak China melalui pautan dibawah. 

Pemain Skuad Kebangsaan China Dipecat Dari Guangzhou Evergrande Kerana Guna Nombor Plat Palsu

Liga Super China 2020 Kemungkinan Terpaksa Dibatalkan

Guus Hiddink Dipecat Sebagai Jurulatih China B-23 Selepas Tewas Kepada Vietnam