Persatuan Bolasepak China (CFA) secara rasmi telah memecat ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) yang berpengalaman iaitu Guus Hiddink gara-gara kerana kekalahan 0-2 kepada Vietnam B-22 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan pada 8 September lepas.

Ia dianggap sebagai kekalahan yang memalukan dan mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan penyokong China kerana skuad ini merupakan harapan utama mereka untuk mendapatkan tiket beraksi di Olimpik 2020 di Tokyo.

Selain itu, CFA juga dilaporkan tidak begitu gemar dengan cara Hiddink bekerja dan sikapnya yang sering melepaskan kritikan terhadap pengurusan pasukan itu di hadapan media.

Mereka juga dalam persiapan menghadapi kejohanan AFC B-23 yang diadakan di Bangkok pada 8 hingga 26 Januari 2020 manakala Vietnam sedang menguji barisan pemain baharu untuk hadapi temasya Sukan SEA Filipina 2019.

CFA turut mengumumkan pengganti Guus Hiddink iaitu bekas jurulatih skuad wanita China, Hao Wei yang akan dibantu oleh Gao Hongbo. Pemecatan Hiddink dianggap tepat pada masanya menjelang kejohanan jemputan antarabangsa B-22 di Wanzhou, Chongqing.

Kejohanan tersebut disertai oleh Arab Saudi B-23, Jordan B-23 serta Indonesia B-23 dan dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 15 Oktober depan.

Datuk Ong Kim Swee sudah mempunyai bayangan barisan yang mantap untuk skuad Malaysia B-23. Baca lebih lanjut.

Wan Kuzain Bakal Berganding Dengan Luqman Hakim Dan Safawi Rasid?

Ong Kim Swee Akui Terpikat Dengan Aksi Luqman Hakim

Sumber