Seorang gamer yang berdedikasi dengan permainan Football Manager memutuskan untuk melawat kelab divisyen dua Iceland itu dalam kehidupan sebenar.
Baca Juga:
- Sri Pahang vs Sabah: Tok Gajah Tepati Status Sebagai Pakar Seri
- Bournemouth vs Liverpool: The Reds Dimalukan Di Vitality Stadium
- Perak vs Sri Pahang: Lim Teong Kim Kecewa Dengan Mutu Pengadil
James Hammonds, dari South Shields – sebuah bandar pantai di South Tyneside – menempuhi perjalanan sejauh 2,600 batu ke barat daya Iceland pada hari Rabu bersama isteri dan anak perempuannya.
Lelaki berusia 37 tahun itu sentiasa ingin melawat pulau gunung berapi bersama keluarganya.
Dia kemudian menemui promosi penerbangan tambang murah ke Keflavik – sebuah bandar kecil berhampiran dengan destinasi, Grindavik – dia terus mengambil kesempatan untuk menempah percutian yang dianggap sempurna itu.
James melawat stadium Grindavíkurvollur berkapasiti 1,450 – rumah untuk pasukan divisyen kedua Iceland Grindavík menjadi destinasi utamanya.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, James telah menikmati musim sarat trofi dengan pasukan Lengjudeildin dalam permainan popular Football Manager.
Dia memilih kelab itu secara rawak apabila permainan itu dikeluarkan.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya tidak berminat dengan semua perkara Liga Perdana Inggeris kerana wang semakin menguasai, dan karakter yang kami ada dalam permainan nampaknya telah hilang,” kata James kepada SPORTbible.
“Apabila saya bermain Football Manager saya lebih suka menjadi pengurus pasukan liga bawahan secara rawak.”
“Saya biasanya menyerahkan komputer riba kepada isteri saya untuk dia memilih pasukan untuk saya membuat pilihan pasukan terutama sekali yang luar biasa dan dia memilih Grindavik.”
James, yang sejak itu membantu kelab Iceland itu melayakkan diri ke peringkat awal Liga Europa dalam Football Manager.
Dan itu antara pencapaian yang telah meningkatkan kasih dan sayang yang sebenar kepada pasukan, jadi dalam perjalanannya ke Iceland baru-baru ini, dia memutuskan untuk melawat kelab itu.
“Rancangan saya hanya untuk bercuti dan bersiar-siar di sekitar Iceland dan melihat jika ada orang di sana,” katanya.
“Saya menghantar mesej pada waktu pagi sebelum pergi sekiranya seseorang mungkin berada di sana untuk menunjukkan kepada saya.”
James bergambar di luar stadium Grindavíkurvollur selepas bersiar-siar sebentar, duduk di bangku berhampiran padang untuk melihat persekitaran.
Kemudian, seorang wanita keluar dari rumah kelab dan menjerit, ‘Adakah anda lelaki itu?’.
“Dia telah menerima mesej saya dari pagi tetapi tidak membalas lagi,” dia tersenyum. ”
“Wanita itu benar-benar cantik. Kami berbual seketika dan dia memberi saya lencana pin dengan logo Grindavik.”
“Dia kemudian memperkenalkan saya kepada Jon Julius Karlsson, pengurus besar kelab. Kami berbual tentang rancangan untuk perjalanan latihan pramusim untuk latihan cuaca panas di Sepanyol dan tentang selok-belok pertandingan Piala Liga Iceland.”
Selain bercakap dengannya tentang kelab bola sepak, pengurus Grindavik menjemput James dan keluarganya ke stadium Grindavikurvollur untuk perlawanan pada musim panas.
“Selepas itu saya membawa anak perempuan saya ke taman di Grindavik dan membuat catatan ringkas di media sosial mengenai pertemuan itu,” kata James.
“Pada masa kami kembali ke kabin kami, post itu telah meletup dan saya mendapat pelbagai mesej daripada orang lain yang ingin melakukan perjalanan serupa ke kelab yang telah jatuh cinta dalam dunia maya kerana Football Manager.”
James berkata, pada hari itu, tidak ramai pemain yang hadir pada hari lawatannya, walaupun dia sempat bertemu dengan seorang pemain.
“Saya takut untuk menanyakan namanya walaupun mungkin dia adalah salah seorang yang saya senaraikan!” katanya sambil ketawa.