Dalam sedikit kekalutan yang tercipta apabila timbul isu pasukan Selangor berkemungkinan tidak dibenarkan menggunakan Stadium Shah Alam untuk saingan Liga Malaysia musim 2020, seorang peminat bola sepak mengemukakan satu cadangan untuk pasukan Selangor untuk dipertimbangkan.
Walaupun banyak cadangan lain yang mahu pihak pengurusan mencari tapak lain, Fitri Ishak tampil dengan cadangan FAS mengambil alih Stadium Mini Shah Alam dan menaiktaraf venue itu yang berada bersebelahan dengan Stadium Shah Alam.
Beliau juga turut memberikan beberapa idea mengenai apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan stadium mini tersebut muncul sebagai sebuah venue yang dilihat lebih praktikal jika dilihat dari jumlah kehadiran penonton ke stadium.
Antara cadangan dan idea yang dilontarkan oleh beliau adalah seperti berikut;
- Memastikan padang atau rumput diselenggara dengan baik untuk menjamin kualiti padang yang optimum.
- Memasang lampu limpah stadium dengan kecerahan sekitar 1,200 lux.
- Kapasiti: Jumlah tempat duduk yang dicadangkan adalah sekitar 8,000 hingga 10,000 tempat duduk sahaja ketika ini.
- Sekiranya mempunyai sumber kewangan yang lebih, buang trek larian dan jadikan stadium mini itu sebagai sebuah stadium khas untuk bola sepak.
Fitri Ishak juga menerangkan lagi bahawa apabila sudah dinaiktaraf dan sudah boleh digunakan, stadium utama boleh memulakan proses penambahbaikan yang diperlukan.
Stadium Shah Alam ini mungkin boleh dijadikan sebagai venue apabila ada perlawanan-perlawanan yang besar. Beliau juga turut menyatakan bahawa jumlah kehadiran yang tidak hampir sama juga adalah diantara faktor penggunaan stadium yang lebih kecil kapasiti lebih praktikal selain, kemudahan pengangkutan awam yang akan siap tidak lama lagi mungkin akan sedikit sebanyak membantu kehadiran penyokong ke stadium.
Apa pendapat anda penyokong Selangor?
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.