Beberapa hari yang lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam mengumumkan bahawa mereka sudah mencapai persetujuan lisan dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) bagi mendapatkan khidmat 3 orang pengadil dari negara itu dalam perlawanan akhir Piala FA 2019.

Pengumuman itu juga telah mendapat pelbagai reaksi bercampur baur dari penyokong bola sepak tempatan walaupun rata-ratanya bersetuju dengan perkara itu. Namun, ada juga yang kurang gemar dengan keputusan itu yang dilihat sebagai langkah negatif untuk pengadil tempatan.

Seorang peminat bola sepak tempatan yang dikenali dengan nama Muhamad Hanafi Salim menghubungi kami untuk menyatakan hujah beliau berkenaan penggunaan pengadil luar negara yang lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan.

1.Kos, Imej, Kecekapan Pengurusan Serta Peluang Minima

Menurut beliau, dengan pengambilan pengadil dari luar negara, ia sudah pasti akan melibatkan kos yang tinggi bagi membawa mereka ke Malaysia.

Selain itu, ia akan sedikit sebanyak menjejaskan imej pengadil tempatan, kecekapan pengurusan disamping meminimakan peluang untuk pengadil tempatan mendapat pendedahan dipentas besar.

2. Bukan Penyelesaian Kepada Kontroversi

Jika tidak mahu kontroversi dalam perlawanan, bukan itu penyelesaiannya!

FAM dan MFL dari peringkat awal perlu mencari jalan untuk ‘educate fans’, pemain dan pengurusan pasukan.

Semua lapisan yang cinta akan bola sepak. Bola sepak Malaysia dalam fasa ‘liga professional’. Isu negeri, isu latar belakang bukan satu perkara yang besar.

3. Hukuman Terhadap Pengadil Yang Kontroversi

Dalam pengadilan juga dihakimi oleh RA yang menilai. Jika berlaku kesilapan yang major akan dikenakan hukuman.

Malah, Roberto Tobar pengadil perlawanan Copa America Cup 2019 juga penuh dengan kontroversi.

Apa pengakhiran karier pengadil tersebut?

4. Menutup Pembangunan Pengadil Tempatan

Semua pengadil tempatan khususnya mahu maju dan berkembang keperingkat seterusnya dalam bidang ini. Apa akan terjadi kepada mereka semua ini sekiranya peluang untuk berada dalam satu perlawanan yang besar ditutup oleh pengadil dari luar negara?

Jika di negara sendiri tiada memberi peluang. Di mana pengadil kita mahu bersinar? Jepun, Thailand, Brazil?

“Visi dan Misi Jabatan Pengadilan FAM kelaut! Lima pekara dalam misi tidak mampu dicapai dan tolong kemaskini visi dan misi Jabatan Pengadilan FAM dalam laman sesawang, takut jadi sawang.”

5. Kos Yang Tinggi Dalam USD

Satu perkara lagi mengenai kos (seperti dalam perkara 1), untuk mengambil khidmat pengadil luar.

Mana datangnya peruntukkan semua itu? Lantas, membuatkan saya kagum dengan kebijaksanaan FAM & MFL membuat perjanjian memorandum persefahaman MoU bersama Jepun.

Berapa kos yang boleh kita kira secara umumnya?

Kos penerbangan, kos penginapan, kos elaun tugas, makan dan minum, elaun perjalanan? Untuk pengetahuan semua bayaran dalam bentuk USD.

6. Kelayakan Dan Kepakaran Pengadil

Seterusnya kita lihat perbandingan pengadil yang di iktiraf oleh FIFA.

Mengikut laporan akhbar, FAM telah meneliti kelayakkan dan kepakaran. Pastinya Malaysia tiada kepakaran dan kelayakan yang baik.

Screenshot 2019-07-16 at 5.01.39 PM Screenshot 2019-07-16 at 5.01.12 PM

Malaysia;
Pengadil: 6 orang
Pembantu pengadil: 8 orang

Jepun;
Pengadil: 7 orang
Pembantu pengadil: 9 orang

7. Pengalaman Ketua Pembangunan Pengadil FAM Meragukan?

Saya ada bertukar pandangan bersama sifu dalam pengadilan.

Ada di kalangan mereka masih dalam FAM & MFL oleh itu tidak boleh berkata apa-apa hanya memberi cadangan kepada saya untuk melihat latar belakang, taraf pendidikan serta pengalaman pentadbiran Ketua Pembangunan Pengadil FAM pasti akan dapat jawapan.

Ada juga bersetuju atas apa yang saya tuliskan, namun tidak punya kuasa lagi. Apatah lagi saya! Sedih.

Ini adalah salah satu dari beberapa maklum balas dan juga reaksi dari peminat bola sepak Malaysia mengenai keputusan menggunakan khidmat pengadil dari luar negara dalam perlawanan tempatan.

Anda mungkin memiliki pendapat sendiri serta hujah yang menyokong pendapat tersebut. Adakah penggunaan pengadil luar negara merupakan satu perkara yang lebih membawa keburukan atau kebaikan terutama kepada pengadil tempatan kita?

Baca artikel dibawah yang mungkin memberikan lebih maklumat mengenai sistem piramid pengadil Jepun.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Struktur Piramid Pengadil Bola Sepak Jepun