Leicester City FC telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa pemilik kelab mereka, Mr. Vichai Srivaddhanaprabha telah terkorban dalam nahas helikopter miliknya diperkarangan Stadium King Power.
Semua 5 orang penumpang yang berada dalam helikopter tersebut maut apabila terhempas dan terbakar sejurus selepas tamat perlawanan diantara Leicester City bertemu West Ham.
“Dunia telah kehilangan seorang lelaki yang hebat. Seorang lelaki yang baik hati, pemurah dan seorang yang mengabdikan dirinya dengan menyayangi keluarganya yang beliau telah berjaya bimbing. Leicester City merupakan satu keluarga di bawah kepimpinan mendiang.”
“Satu keluarga yang akan berdukacita dengan pemergian mendiang dan (kami) akan kekal mengejar visi demi kelab yang kini sudah menjadi legasi mendiang.”
Jamie Vardy melalui akaun Instagram beliau menyatakan secara peribadi Mr. Vichai adalah seorang lagenda untuknya.
“Sukar untuk saya mencari perkataan yang betul, tetapi kamu adalah lagenda bagi saya, seorang yang cukup luar biasa memiliki hati besar dan jiwa untuk Leicester City FC.”
“Terima kasih untuk segala yang anda telah lakukan untuk saya, keluarga saya dan juga kelab kita. I truly miss you..may you rest in peace”
Pemain pertahanan England dan Leicester City, Harry Maguire turut terkejut dengan insiden itu memberitahu bahawa tiada perkataan yang mampu menjelaskan perasaan beliau ketika ini.
“Saya tidak akan melupakan sokongan yang diberikan oleh pengerusi, bukan sahaja ketika bersama Leicester City FC tetapi juga ketika Piala Dunia”
Words can’t describe how I feel. A truly great, kind, loving man who will be missed so much by everyone.
I will never forget the Chairman’s support, not only during my time @LCFC but also during the World Cup 😢 RIP ❤ #TheBoss pic.twitter.com/66aGjGGwX9
— Harry Maguire (@HarryMaguire93) October 28, 2018
Pilot helikopter tersebut, Eric Swaffer dan co-pilot Izabela Roza yang juga pasangannya dikatakan telah bertungkus-lumus mengendalikan pesawat untuk tidak menghempap mana-mana kereta ketika kejadian.
RIP to the pilot Eric Swaffer. Reports saying he heroically steered the helicopter away from cars. Not really had much of a mention. A life is a life no matter about wealth. RIP sir! #LCFC pic.twitter.com/ior86Cv8Wm
— Addy (@AddyFi) October 28, 2018
Pihak kelab akan memberikan peluang kepada semua penyokong untuk menyampaikan ucapan takziah serta penghormatan kepada keluarga Srivaddhanaprabha melalui buku yang akan diletakkan di Stadium King Power mulai jam 8 pagi, 30 Oktober 2018.
Bagi penyokong yang tidak dapat datang ke stadium, pihak kelab akan membuka sebuah buku online di laman web rasmi mereka bagi tujuan yang sama.
Pada hari Selasa juga 2 perlawanan – EFL Cup bertemu Southampton dan Premier League International Cup menentang Feyernoord telah ditunda ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan.