Kelmarin, pemain terkaya dunia, Faiq Bolkiah secara rasmi telah menyertai kelab Portugal, SC Maritimo daripada kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City sekaligus menafikan khabar angin mengenai perpindahan ke Wolves.

Faiq menyertai Leicester pada 2016 lalu setelah beraksi bersama pasukan akademi Chelsea selama satu musim.

Meskipun sudah bersama kelab itu selama empat tahun, namun pemain berusia 21 tahun ini gagal untuk membuat sebarang penampilan bersama pasukan utama dimana beliau banyak menghabiskan masa bersama skuad akademi.

Faiq mula mendapat perhatian pada 2018 lalu apabila ada dakwaan yang mengatakan beliau merupakan pemain terkaya di dunia, melebihi dua pemain bintang iaitu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Musim depan beliau berpeluang beraksi dalam saingan Liga Primeiera Portugal bersama kelab Maritimo. Dalam satu kenyataan rasmi kelab itu, Faiq menyatakan beliau tidak sabar turun beraksi dan menyifatkan Maritimo merupakan tempat terbaik untuk mengembangkan kerjaya bola sepaknya di eropah.

“Ini tempat terbaik untuk melanjutkan karier bola sepak saya,” katanya.

Walaupun pernah tidak beraksi secara profesional di England, Faiq tetap dipanggil menyertai skuad kebangsaan Brunei sebanyak sembilan kali dan pernah mewakili negaranya dalam saingan Sukan SEA.

Dilahirkan di Los Angeles, anak saudara Sultan Brunei ini boleh beraksi untuk Amerika Syarikat tetapi dia pilih setia dengan keluarganya dan lebih suka tinggal berdekatan dengan mereka.

”Saya bermain bola sepak sejak kecil lagi dan menikmati aksi di atas padang,” katanya.

”Ibu bapa saya sangat menyokong dalam membantu saya mencapai impian menjadi pemain bola sepak.

“Mereka gigih melatih saya dari segi psikologi dan fizikal ketika kanak-kanak, jadi mereka adalah contoh terbaik bagi saya.”

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Al Hilal Disingkirkan Dari Saingan ACL Selepas Senaraikan Hanya 11 Pemain Dalam “Matchday Squad”

Chanathip Songkrasin Alami Kecederaan Otot, Perlu Berehat Selama Seminggu

Lima Sebab Kenapa Permainan Video PES 2021 Jadi Pilihan Peminat Bola Sepak Asia