Keputusan VAR dan pengadil dalam perlawanan melibatkan Arsenal sekali lagi mencetuskan perdebatan hangat apabila seorang legenda Liga Perdana Inggeris, Peter Schmeichel mengkritik penggunaan VAR yang dianggap terlalu lama dan tidak konsisten.
Menurut beliau, keputusan untuk memberikan sepakan percuma kepada Arsenal langsung tidak masuk akal dan boleh memberi kesan besar terhadap perebutan kejuaraan liga musim ini.
Legenda Man United itu berkata: “Keputusan hari ini salah dalam terlalu banyak aspek. Apa yang benar-benar membuat saya marah ialah Arsenal tidak mungkin berada di tangga teratas liga jika situasi seperti itu dianggap sebagai sepakan percuma.
“Itulah cara mereka [Arsenal] menjaringkan banyak gol — dengan menghalang pemain lawan, memegang pemain, dan melakukan pelbagai perkara lain.
“Asenal telah mengganggu dan menghadang penjaga gol lawan sepanjang musim ini. Jika gol-gol itu dibatalkan, Arsenal tidak akan berada di puncak liga pada hari ini.”
🗣️ Peter Schmeichel: “What really makes me angry is that Arsenal would never be top of the league if that was a free-kick. It takes VAR five minutes, that in itself puts so much doubt. The decision today, it’s just so wrong on so many levels.” ❌🧐 pic.twitter.com/R57VOEZQAP
— DailyAFC (@DailyAFC) May 10, 2026
Beliau turut mempersoalkan tindakan VAR yang mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap ketepatan keputusan tersebut.
“Kemudian kita sampai ke tahap ini, dan VAR mengambil masa lima minit. Darren England selaku VAR mengambil masa lima minit. Dia ulang tayang situasi itu berkali-kali.
“Itu sendiri sudah mencipta terlalu banyak keraguan terhadap keputusan tersebut sehingga ia tidak sepatutnya menjadi sepakan percuma.”