Lazio merupakan pasukan yang sangat mengujakan pada dekan 2000-an. Di mana mereka pernah menjuarai Serie A kedua di dalam sejarah kelab mereka pada tahun 2000.

Selain itu mereka juga berjaya lolos ke separuh akhir UEFA Cup Winners’ – edisi yang terakhir.

Kegemilangan Lazio ketika itu dipacu oleh pengurus Sven-Göran Eriksson. Beliau berjaya membantu Lazio menamatkan saingan liga dengan cemerlang dalam dua musim.

Mereka menjadi naib juara dalam Piala UEFA (Europa League) musim 97/98 – di mana juara ketika itu adalah Inter Milan.

Di peringkat domestik Lazio menjuarai Copa Italia yang membolehkan mereka mara ke Cup Winners’ Cup.

Pada 1999, final di antara Lazio dan Mallorca dalam Cup Winners’ Cup menyaksikan pasukan dari Itali menang 2-1 hasil jaringan lewat Pavel Nedved.

Generasi emas Lazio

Musim 1999/00 adalah musim generasi emas Lazio.

Di mana pasukan mereka dikuatkan oleh Pavel Nedved, Diego Simeone, Alessandro Nesta, Sinisa Mihajlovic, Dejan Stankovic, Juan Sebastian Veron, Roberto Mancini, Fabrizio Ravanelli, Marcelo Salas, dan Simone Inzaghi.

lazioa
Bildnummer: 05675482 Datum: 08.03.2000 Copyright: imago/VI Images

Sven Goran Eriksson terus menjadi pengendali I Biancocelesti. Mereka berjaya merekodkan 9 perlawanan tanpa kalah pada awal musim.

Selain itu, Lazio menewaskan pasukan hebat Sir Alex Ferguson – Man United  – dengan kemenangan dalam Piala Super Eropah.

Marcelo Salas menjadi salah seorang pemain yang sangat fenomena ketika itu. Beliau menjaringkan gol kemenangan ke atas Man United.

Salas disokong oleh Veron dan Nedved di tengah, serta pakar sepakan percima Mihajlovic.

Diego Simeone sangat kental ketika bertahan dan di belakang mereka juga ada Nesta yang merupakan salah seorang bek tengah terbaik sepanjang zaman.

Prestasi kemuncak mereka adalah menang 9 daripada 12 perlawanan terakhir. Kemenangan mereka termasuk ke atas AS Roma, musuh utama mereka, kemudian Juventus.

Kemenangan ke atas Juventus merupakan kunci penting kepada kejuaraan mereka, untuk menjarakkan jurang mata.

Pada aksi terakhir liga, Juventus tewas di tangan Perugia. Lazio mengesahkan kejuaraan mereka dengan kemenangan 1-0 ke atas Reggina – sekaligus memintas Juventus dalam persaingan kejuaraan dengan beza 1 mata.

lazio_squadra

Lazio meraikan kejuaraan Scudetto pertama mereka sejak 1974.

Gergasi tersadung

Namun masalah utama Lazio ketika itu adalah berdepan dengan risiko muflis. Hal ini kerana mereka terlalu ramai bintang dalam pasukan yang bergaji sangat tinggi.

Paling sedih, beberapa bulan selepas mereka menjuarai Serie A, Lazio dilelong di pasaran kerana beban hutang yang sangat tinggi.

Fiorentina yang sah muflis ketika itu ditolak ke divisyen keempat Itali. Lazio kemudiannya diheret ke mahkamah kerana salah laku melibatkan perpindahan Jaap Stam dan Gaizka Mendieta.

Pada tahun 2002, Lazio kehilangan ramai bintang mereka termasuk Nesta, Simeone, Nedved, Salas, Skantovic, dan Veron.

0208334-e1459435300519

Masalah kewangan yang kritikal membuatkan mereka tidak dapat menguatkan lagi pasukan mereka.

Bukan itu sahaja, ibarat jatuh ditimpa tangga, Lazio terlibat dalam salah laku Calciopoli yang menyaksikan Juventus disingkir ke Serie A. Lazio ditolak 3 mata untuk musim 2006/07.

Lazio digantung daripada kejohanan UEFA Cup. Walaupun mereka dipotong 3 mata, Lazio masih mampu menamatkan musim di tangga ketiga.

Itulah kisah kehebatan Lazio pada satu ketika dahulu yang dibunuh oleh masalah kewangan kelab.

Mereka terlalu emosi dalam berbelanja untuk mendapatkan bintang dan gagal dalam menjana pendapatan tambahan dengan lebih banyak.