Pemain baharu Lazio, Elseid Hysaj memuat naik video memperkenalkan dirinya dengan menyanyi lagu Bella Ciao.

Hysaj menyanyi dalam satu majlis suai kenal dengan pemain dan jurulatih. Video tersebut dikongsikan oleh rakan sepasukan beliau yang baru, Luis Alberto.

Lagu tersebut yang menjadi simbol kepada semangat non partisan. Pemain Albania berusia 27 tahun itu menyertai Lazio dari Napoli secara percuma. Beliau bergabung semula dengan Maurizio Sarri yang memulakan tugasannya di Lazio.

Sarri dan Hysaj turut bergandingan ketika di Empoli dari 2011 sehingga 2015.

Ketika melihat video tersebut, ramai peminat yang suka dengan telatah Hysaj menyanyikan lagu itu, namun tidak bagi penyokong Lazio.

Mereka yang masih menebal semangat fasisme malah mengutuk dan mencaci pemain tersebut. Lazio merupakan kelab yang disokong oleh koumiti yang berhaluan kanan yang ekstrim di Itali.

Mereka memberitahu Hysaj: “Daripada kamu menyanyikan lagu itu, lebih baik kamu menyanyikan lagu Roma,” kata mereka merujuk kepada nama kelab yang paling dibenci mereka.

Seorang lagi berkata: “Aku lebih rela melihat pasukan kita bermain 10 orang sahaja daripada melihat pemain yang menyanyikan Bella Ciao beraksi. Kamu ingat kamu di Livorno ke?”

Bukan itu sahaja, malah ada yang meminta kelab membuang Hysaj serta merta atau mereka membatalkan pas bermusim mereka selagi lagi ada nama pemain tersebut.

Namun begitu, di sebalik kutukan dan cacian, masih ramai juga penyokong Lazio yang anti fasisme yang gembira dan berkongsi video itu kepada umum. Kerana mereka menganggap itu bukti bahawa kelab mereka bukan pusat fasisme di Itali.

Salah seorang peminat Lazio berkongsi vidoe itu dengan kapsyen: “Lazio dan fasisme tidak boleh bersama. Pengenalan Hysaj kepada rakan rakannya, ia adalah momen kebersamaan.”

Mereka gembira melihat pemain pemain lain turut menyanyi bersama Hysaj. Mereka berharap detik tersebut akan memberitahu kepada dunia bahawa Lazio adalah kelab bola sepak milik semua dan bukannya kelab yang dikaitkan dengan semangat ‘far right’ di Itali.

https://twitter.com/i/status/1416527460628303873

Lagu Bella Ciao, simbol penentangan ke atas fasisme

Bagi peminat setia siri netflix, La Casa De Papel atau Money Heist, lagu Bella Ciao memang terkenal.

Bella Ciao adalah lagu yang digunakan dalam protes Anti-Fasis. Lagu ini berasal dari daratan Itali yang digunakan oleh para partisan sebagai dorongan dalam perjuangan menentang fasisme Nazi dan Mussolini pada tahun 1942-1945 ataupun pada perang dunia kedua.

Bella Ciao dianggap simbol penting digunakan golongan non partisan dalam menjatuhkan Mussolini. Lagu ini menjadi pembakar semangat mereka setiap kali mereka berjuang.

Walaupun ianya berasal dari Itali, lagu itu juga popular di negara lain termasuk di Chile dan yang paling popular dalam beberapa tahun lalu – pad 2019, digunakan penunjuk perasaan di Colombia.

Lazio pula memang kelab yang dikenali dengan semangat Mussolini dan fasis. Walaupun pada era moden, kelab tersebut mengamalkan prinsip terbuka. Namun kelompok penyokong mereka tetap masih ramai yang berpegang kepada semangat fasis dan berhaluan kanan / far right.

Jadi, tidak hairanlah perbezaan politik membawa kepada kecaman ke atas Hysaj. Malah ada yang menganggap Hysaj telah menyanyikan Bella Ciao di sarang fasis.

Baca juga artikel

FIFA Uji 4 Peraturan Baru Termasuk Aksi 60 Minit Sahaja Dan Boleh ‘Dribble’ Terus Dari Sepakan Ke Dalam

TERKINI: Barcelona Berdepan Jalan Buntu Nak ‘Tolak’ Griezmann Ke Atletico Kerana Gaji Dan Saul

Van Dijk Kecewa Dituduh Menentang Kepulangan Van Gaal Urus Skuad Belanda